web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2024 9:13AM

PN menerusi BERSATU menang dengan majoriti tipis 810 undi ketika merampas kerusi Nenggiri dari BN pada pilihan raya negeri Ogos tahun lalu. – Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di Kelantan yang akan berlangsung esok bakal menyaksikan persaingan sengit antara penyandang, Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN).

PN menerusi BERSATU menang dengan majoriti tipis 810 undi ketika merampas kerusi Nenggiri dari BN pada pilihan raya negeri (PRN) Ogos tahun lalu. Nenggiri merupakan kubu kuat BN sejak 2004.

Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr Sivamurugan Pandian berkata, kos sara hidup yang tinggi dan kelembapan pertumbuhan ekonomi memberi kelebihan kepada PN untuk menjadikan dua isu tersebut sebagai modal meraih undi di kawasan berkenaan yang mempunyai 85 peratus pengundi Melayu-Islam.

Sebahagian besar pengundi ini katanya, masih setia kepada PAS yang mentadbir Kelantan sejak 33 tahun lalu.

Sivamurugan berkata, PAS masih kekal kuat di negeri itu meskipun selepas kematian ketuanya, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat pada 2015.

Pada PRN lalu, PN menang 43 daripada 45 kerusi DUN Kelantan yang dipertandingkan.

Pada PRK yang berlangsung esok, gabungan itu mempertaruhkan bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Mohd Rizwadi Ismail bagi mempertahankan kerusi DUN Nenggiri. Rizwadi merupakan Timbalan Ketua Pemuda PAS Gua Musang sebelum menyertai BERSATU. 

PRK Nenggiri diadakan selepas Speaker DUN Kelantan, Mohd Amar Abdullah pada 13 Jun lalu mengumumkan kekosongan kerusi terbabit susulan keputusan BERSATU menggugurkan keahlian penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim.

Lebih 20,000 pengundi berdaftar termasuk 2,500 daripada komuniti Orang Asli dijangka menunaikan tanggungjawab mereka esok.

Mengulas lanjut, Sivamurugan berkata BN menghadapi laluan sukar untuk merampas kerusi Nenggiri walaupun gabungan itu melantik Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah sebagai pengarah pilihan raya bagi PRK itu.

Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li memenangi kerusi Parlimen Gua Musang pada 1974 dan memepertahankan kerusi itu selama 12 penggal sehinggalah beliau tewas kepada Mohd Azizi Abu Naim dari PN pada Pilihan Raya Umum Ke-15. Mohd Azizi menang dengan majoriti tipis 163 undi apabila memperoleh 21,826 undi manakala Ku Li mendapat 21,663 undi.

Walaupun sudah berusia 87 tahun, Ku Li masih berpengaruh dalam UMNO.

Sivamurugan seterusnya berkata, pengundi Cina dan India tidak menunjukkan minat untuk mengundi, menjadikan keputusan PRK Nenggiri bergantung kepada undi Melayu, seperti PRK Sungai Bakap di Pulau Pinang bulan lepas, yang menyaksikan PN menang dengan majoriti 4,267 undi.

"PAS menguasai Kelantan. Ke mana saja kita pergi, kita akan nampak lambang bulan pada kain rentang dan bendera. Walaupun sekutu PAS yang bertanding (PRK Nenggiri), ia seolah-olah PAS yang sebenarnya bertanding di kerusi itu," katanya.

Perkara ini turut diakui oleh Ku Li, yang menganggap calon BN, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani sebagai calon underdog bagi PRK Nenggiri. Katanya, walaupun PRK itu dadakan di kawasan dikuasai sejak 50 tahun lalu, namun pengundi cenderung untuk memihak kepada PN. – Getaran, 16 Ogos, 2024


 


 

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

MB Terengganu Ketua Pembangkang Baharu

2

Politik 6 bulan yang lalu

Ikut Jejak Muhyiddin, Azmin, Peja Letak Jawatan

3

Politik 1 tahun yang lalu

YB Awie Ikrar Berkhidmat Tanpa Kira Warna Politik

4

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

Sorotan

1

PRN Johor: 3,500 Polis Johor Bertugas Untuk Undi Awal Esok 

2

Pasangan Warga Emas Maut Motosikal Dirempuh Kereta Di Tanjong Karang

3

PRN Johor: Kempen Masuki Fasa Penentuan, Calon Ganda Usaha Raih Sokongan 

4

Harimau Kumbang Di Lebuh Raya Berhampiran Tasik Kenyir, Orang Ramai Digesa Berhati-Hati

5

SUV Rempuh Surau Sekolah, 2 Wanita Indonesia Maut

6

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Kempen Masuki Fasa Penentuan, Calon Ganda Usaha Raih Sokongan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Video Tular Di Media Sosial, Wanita Benarkan Anak Berdiri Melalui ‘Sunroof’ Ditahan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia, Singapura Laksana Sistem Imigresen Digital Baharu, Berkuat Kuasa Januari 2027

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Pasangan Warga Emas Maut Motosikal Dirempuh Kereta Di Tanjong Karang

oleh Amirah Abu Bakar