web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengundi DUN Nenggiri Pilih Wakil Rakyat Baharu Hari Ini

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2024 8:15AM

Sebanyak 46 saluran bagi PRK DUN Nenggiri dibuka serentak pada pukul 8 pagi ini.– Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GUA MUSANG – Seramai 20,216 pengundi akan menunaikan tangggungjawab masing-masing hari ini bagi memilih wakil rakyat baharu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

Tepat 8 pagi ini, sebanyak 20 pusat mengundi dengan 46 saluran dibuka untuk proses pengundian dan ditutup secara berperingkat antara 2 dan 6 petang.

Empat pusat mengundi akan ditutup pada 2 petang iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi, Pusat Pendidikan Komuniti Pos Gob, SK Sri Permai dan SK Kuala Sungai, manakala SK Pulat dan Dewan Orang Ramai Pos Simpor ditutup pada 3 petang.

Pada 5 Ogos lepas, 43 kertas undi pos telah dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepada pengundi yang berhak di Nenggiri termasuk kepada 14 anggota polis.

PRK DUN Nenggiri menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani mewakili Kerajaan Perpaduan dan calon Pas Mohd Rizwadi Ismail mewakili Perikatan Nasional (PN).

Kedua-dua calon akan mengundi di pusat mengundi yang sama iaitu Tabika Sri Bakawali, Bertam Lama.

PRK DUN Nenggiri diadakan berikutan kekosongan kerusi diumum Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun lepas setelah bekas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan ke-15 Ogos tahun lepas, Mohd Azizi menewaskan calon BN Ab Aziz Yussof dengan majoriti 810 undi.

Ini ialah PRK kesembilan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 yang sebelum ini menyaksikan PRK Parlimen Kuala Terengganu (Terengganu); PRK DUN Simpang Jeram dan PRK Parlimen Pulai (Johor); PRK DUN Pelangai (Pahang); PRK DUN Jepak (Sarawak); PRK Parlimen Kemaman (Terengganu), PRK DUN Kuala Kubu Baharu (Selangor) dan PRK DUN Sungai Bakap (Pulau Pinang). – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

YB Awie Ikrar Berkhidmat Tanpa Kira Warna Politik

2

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

3

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: Pengundian Tamat 6 Petang, Penjumlahan Undi Bermula

4

Politik 1 tahun yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad