web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mahasiswa, Tenaga Pengajar, Pentadbir Fokus Zambry Pacu Pendidikan Tinggi

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Dec 2023 12:36PM

Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengimbas jari pada mesin perakam waktu pada hari pertamanya di Kementerian Pendidikan Tinggi sebagai Menteri, hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Tiga komponen utama iaitu mahasiswa, tenaga pengajar dan pentadbir akan diberi tumpuan dalam memacu institusi pendidikan tinggi di negara ini, kata Menteri Pendidikan Tinggi yang baharu, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Katanya, beliau bersama pasukan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam masa yang sama akan tetap meneruskan setiap dasar sedia ada yang telah digariskan pendahulunya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebelum ini.

“Saya akan bersama mahasiswa, pensyarah kerana komponen di universiti itu bukan satu kelompok sahaja ada tiga kelompok teras utama, pertamanya mahasiswa, tenaga pengajar dan ketiga adalah pentadbir (yang perlu diberi penekanan),” katanya kepada pemberita selepas mengimbas cap jari sebagai simbolik permulaan tugas rasmi di KPT di sini, hari ini.

Turut sama memulakan tugas rasmi hari ini adalah timbalannya, Datuk Mustapha Sakmud yang bertukar portfolio daripada Kementerian Sumber Manusia.

Mengenai amanat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa mesyuarat Kabinet pertama semalam selepas rombakan Kabinet, Zambry berkata, Anwar mahu barisan Jemaah Menteri bekerja sebagai satu pasukan untuk membangunkan negara ini. 

“Kita bekerja berpasukan bukan hanya dalam konteks kementerian tetapi juga antara kementerian, ada hal yang berkaitan dengan tugasan tertentu yang memerlukan kebersamaan dalam konteks antara kementerian.

“Ini sangat mustahak apatah lagi dalam konteks pendidikan. Pendidikan tinggi sangat luas konsepnya iaitu di universiti awam, swasta, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), politeknik dan sebagainya,” katanya.

Pada Selasa lalu, Anwar melakukan rombakan Kabinet yang pertama sejak penubuhan Kerajaan Perpaduan yang menyaksikan pertambahan bilangan Jemaah Menteri, pengguguran seorang menteri serta penampilan tokoh korporat dan akademik sebagai muka baharu, selain kemunculan semula lima bekas menteri.

Rombakan turut menyaksikan pertukaran portfolio menteri-menteri dan timbalan menteri sedia ada melibatkan Zambry, yang dahulunya Menteri Luar bertukar portfolio kepada Menteri Pendidikan Tinggi. Menteri Luar sekarang digalas Datuk Seri Mohamad Hasan, manakala Mohamed Khaled sebagai Menteri Pertahanan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Jenaka Chia Tidak Gambarkan Pendirian Singapura, Kami Mohon Maaf - Pesuruhjaya Tinggi

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Kejayaan Malaysia Dalam Kes Tuntutan Sulu Bukti Kebenaran Dibawa Negara

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Kehebatan Erdogan Mampu Kukuhkan Perpaduan Rakyat Turkiye - Zambry

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Konsep Malaysia MADANI Dijangka Bantu Tingkat Hubungan 2 Hala Malaysia-Korea Selatan

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad