Berita Terkini

10 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Konsep Malaysia MADANI Dijangka Bantu Tingkat Hubungan 2 Hala Malaysia-Korea Selatan

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2023 7:00AM

Park Jin ketika temu bual eksklusif dengan Bernama sempena lawatan rasminya selama dua hari di sini, mulai Isnin (1 Mei). - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Konsep 'Malaysia Madani' yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah selaras dengan Inisiatif Perpaduan Korea-ASEAN (KASI) yang dilancarkan Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol, bertujuan untuk menggalakkan kerjasama lebih komprehensif antara anggota ASEAN dan negara Asia Timur itu.

Menteri Luar Korea Selatan Park Jin berkata inisiatif yang dilancarkan pada akhir 2022 di bawah bidang kuasa strategi Indo-Pasifik baharu negara itu boleh mengukuhkan lagi hubungan dengan Malaysia ketika kedua-dua pihak memperingati Ulang Tahun ke-40 Dasar Pandang Ke Timur (LEP) tahun ini.

“KASI bertujuan untuk mengukuhkan hubungan dua hala dengan negara anggota ASEAN, pelan tindakan berorientasikan masa depannya turut digunakan untuk meningkatkan hubungan dua hala dengan Malaysia.

“Apa yang Korea Selatan cuba capai melalui KASI adalah bertepatan dengan nilai teras ‘Malaysia Madani’ – yang berasaskan sikap saling menghargai, belas kasihan, saling menghormati dan kepercayaan. Kedua-dua negara akan mencapai masa depan yang mampan dan makmur dengan menangani cabaran bersama melalui inovasi.

“Dengan garis pantai yang panjang, keselamatan pesisir pantai dan keselamatan maritim adalah isu penting bagi Malaysia. Malaysia juga merupakan negara industri maju dan negara peneraju dalam transformasi digital dan penyesuaian perubahan iklim dalam ASEAN. Dalam kaitan itu, saya yakin Korea Selatan dan Malaysia dapat meningkatkan hubungan baik sedia ada, membina kerjasama yang lebih komprehensif.”

Beliau berkata demikian dalam satu temu bual eksklusif dengan Bernama sempena lawatan rasminya selama dua hari di sini, mulai Isnin (1 Mei).

Park, pada Selasa, bertemu rakan sejawatnya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, menyaksikan kedua-dua pemimpin membincangkan langkah ke hadapan dalam mengukuhkan hubungan sedia ada Malaysia-Korea Selatan dan kerjasama dalam pelbagai aspek.

Agenda utama beliau adalah kerjasama dalam perdagangan dan pelaburan, ekonomi digital, tenaga hijau, budaya, pertahanan dan pendidikan, di samping bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.

Beliau juga membuat kunjungan hormat ke atas Anwar dan beliau turut menyampaikan salam Yoon kepada perdana menteri.

Mengulas lanjut mengenai LEP, yang diperkenalkan pada 1982 oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mencontohi kejayaan pembangunan dan pembinaan negara Jepun dan Korea Selatan, Park menegaskan bahawa hubungan yang terjalin lama berpotensi berkembang ke tahap yang lebih tinggi, terutamanya dalam bidang ekonomi digital dan industri hiburan.

“Populariti Gelombang Korea (Hallyu) atau K-pop telah berkembang di seluruh dunia dan hasilnya, eksport kandungan berkaitan Gelombang Korea mencapai tahap tertinggi pada 2022.

“Ketika Malaysia juga menetapkan pembangunan ekonomi digital dan industri kreatif sebagai matlamat kritikal strategi pembangunan negaranya, model pembangunan Korea Selatan seperti Hallyu boleh menjadi penanda aras yang berguna.

“Kami gembira untuk berkongsi pengalaman kami dengan anda. Saya berharap kerjasama LEP ini terus berkembang untuk melibatkan ekonomi digital dan industri hiburan dalam tempoh 40 tahun akan datang,” tambahnya.

Menurut Ranking Daya Saing Digital Dunia 2022 yang diumumkan oleh Institut Pembangunan Pengurusan Antarabangsa (IMD) yang berpangkalan di Switzerland, Korea Selatan menduduki tempat kelapan daripada 63 negara.

Park seterusnya menyatakan penilaian Organisasi untuk Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) terhadap infrastruktur digital dan kerajaan digital yang juga mengekalkan kedudukan Korea Selatan sebagai satu negara terkemuka dunia dalam inovasi digital.

Menyentuh tentang meningkatkan hubungan antara rakyat serta hubungan mesra dua hala terjalin lebih 60 tahun, menteri luar itu berkata, ia akan terus meningkat pada masa hadapan.

“Ia berlaku dalam pelbagai bidang seperti sukan, budaya, dan kesenian. Kerajaan Korea berterusan mempromosikan hubungan antara rakyat dan pertukaran budaya yang lebih mendalam dan kuat antara kedua-dua negara,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai lawatan sulungnya, Park berkata beliau sedaya upaya mungkin berusaha untuk bertemu dengan lebih ramai orang dan melawat lebih banyak tempat. 

“Lima tahun sudah berlalu sejak lawatan dua hala terakhir oleh Menteri Luar Korea Selatan ke Malaysia. Sebagai rakan Malaysia, saya sangat gembira melihat kehadiran Malaysia di arena antarabangsa semakin kukuh.

“Lebih penting, kerajaan baharu telah ditubuhkan tahun lepas, di kedua-dua negara dan sebagai rakan kongsi rapat, kami berkongsi nilai teras demokrasi dan ekonomi pasaran.

"Saya berharap lawatan saya hari ini bakal menjadi momentum untuk membentuk perkongsian lebih baik antara kedua-dua negara untuk 40 tahun akan datang," kata beliau.

Pada 2022, Korea Selatan merupakan rakan dagang kelapan terbesar Malaysia dengan perdagangan berjumlah RM114.21 bilion (US$25.94 bilion), meningkat 29.3 peratus daripada nilai yang direkodkan pada 2021.

Negara Asia Timur itu juga adalah pelabur asing ketujuh terbesar Malaysia dalam sektor pembuatan untuk projek yang dilaksanakan bernilai RM33.0 bilion (US$9.25 bilion). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Kes Najib: Keputusan Lembaga Pengampunan Adalah Muktamad - PM

2

Politik 3 hari yang lalu

MIC Janji Bantu Kempen PRK Kuala Kubu - PM

3

Politik 6 hari yang lalu

Kerajaan Tidak Akan Berkompromi Dengan Tindakan Melampau, Jejas Kestabilan Negara

4

Semasa 1 minggu yang lalu

‘Terima Kasih PMX, Allah Sahaja Yang Dapat Membalas’ - Nadir Al-Nuri

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Helikopter - Agong, Permaisuri Zahir Takziah Kepada Keluarga Anggota TLDM

oleh Diyana Nawwar

Semasa 8 jam yang lalu

PAS Puji Tindakan Pantas Menteri Pertahanan Kendalikan Tragedi Helikopter TLDM

Semasa 1 hari yang lalu

FINAS Taja Caruman SKSPS 4,500 Penggiat  Seni Untuk Setahun - Fahmi

Semasa 1 hari yang lalu

Video Aidilfitri Noor Rahiza Jadi Kenangan, Adik Bersemangat Sambut Raya - Abang

oleh Rafisqi Radhi