web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Sulu: Harap Stampa Terima Hukuman Setimpal - Azalina

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Dec 2023 8:17AM

Azalina Othman Said - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia berharap Mahkamah Madrid akan menjatuhi hukuman setimpal ke atas penimbang tara Sepanyol Dr Gonzalo Stampa yang bakal dibicarakan pada 11 Disember ini atas dua kes jenayah berkaitan award akhir kepada Kumpulan Sulu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata beliau sedikit khuatir kerana Stampa merupakan individu yang amat berpengaruh di Madrid.

"Ayahnya seorang yang terkenal malah terlibat dalam proses kemerdekaan negara Sepanyol, terlibat dalam gerakan revolusi ketika itu, dia juga seorang peguam, maknanya ayah dia dan keluarga dia orang berpengaruh.

"Kami harap tiada tekanan secara negatif sebab dah terang yang dia melanggar banyak undang-undang di Sepanyol,” katanya selepas menjadi tetamu program Ruang Bicara: Setahun Bersama Kerajaan Malaysia MADANI di Wisma BERNAMA hari ini.

Azalina berkata beliau bersama pihak Jabatan Peguam Negara dan beberapa pegawai antarabangsa akan ke Sepanyol bagi mengikuti perbicaraan itu.

Azalina berkata perbicaraan dan hukuman terhadap Stampa amat penting terutama berkaitan tindakannya memberikan award meskipun pelantikan beliau sebagai penimbang tara telah diberhentikan selain masih meneruskan pendengaran kes timbang tara antarabangsa dan beralih ke negara lain untuk melaksanakan keputusan terhadap Kerajaan Malaysia.

"...award itu saya bukan panggil Sulu Award tapi Sulu Fraud, mereka pergi ke banyak negara Eropah sebab negara Eropah ini bila tengok award daripada timbang tara, mereka anggap award itu sah, itu sebab kita kena bermula semula di negara yang beri award pertama iaitu di Madrid.

"Jadi kita mahu Mahkamah Madrid kenakan Stampa hukuman jenayah terhadap kedaulatan Malaysia dan ini (akan jadi) satu kemenangan kerana ini punca dia bergerak ke negara lain untuk aniaya Malaysia,” katanya.

Beliau juga berkata kes Sulu menjadi teladan kepada Malaysia yang tidak mempunyai undang-undang kekebalan negara.

Azalina berkata apa yang berlaku menyaksikan Malaysia menjadi mangsa kepada Sulu Fraud yang membabitkan proses timbang tara antarabangsa.

"Ketika itu kita tidak bersedia, negara kita pun tidak stabil, jadi mereka ambil kesempatan, sebab itu kita bentang Rang Undang-Undang Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023 bacaan kali pertama di Dewan Rakyat tempoh hari,” katanya.

Beliau berkata rang undang-undang itu antara lain bertujuan mengawal selia kekebalan yang diberikan kepada sesuatu negara asing dan hartanya, ketua negara dan ketua kerajaan sesuatu negara daripada bidang kuasa mahkamah Malaysia serta akan dibentang bagi bacaan kali kedua pada sesi pembukaan Parlimen berikutnya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 6 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Singapura 1 hari yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 21 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar