web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelajar PhD USIM Duduki Ujian Kelayakan Bawah Khemah, Dikelilingi Runtuhan Di Gaza

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2024 8:35PM

Abdullah Abuajwa - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Berdepan kesukaran termasuk kampung halaman musnah angkara kekejaman Israel, tidak mematahkan semangat mahasiswa Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Abdallah Abuajwa, 40, untuk menduduki ujian kelayakan secara dalam talian dari Utara Gaza, Palestin sehingga berjaya lulus, semalam.

Menerusi rakaman video dikongsikan USIM, Abdallah dilihat berpakaian kemas dan berada di bawah sebuah khemah dalam kawasan terbuka, dikelilingi runtuhan bangunan bagi menduduki
ujian tersebut.

Warga Palestin yang juga pelajar program Ijazah Kedoktoran Pengurusan Sumber Manusia, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan itu nekad menjalani ujian berkenaan, meskipun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.

Pada akhir sesi ujian itu, Abdallah melahirkan rasa terima kasih kepada warga fakulti khususnya jawatankuasa penyeliaan diketuai Dr Ali Nasser Ali Al-Tahitah yang tidak putus asa memberikan sokongan moral dan tunjuk ajar dalam pengajiannya.

"Saya akan meneruskan pengajian sehingga selesai walau seteruk mana pun keadaannya. 

"Keadaan yang amat sukar ini menjadikan saya seorang yang lebih kuat dan saya akan terus berdoa supaya Allah SWT memberikan saya ilmu bermanfaat untuk agama dan Palestin," katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan USIM di sini hari ini.

Menurut Abdallah, walaupun infrastuktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di Gaza musnah, beliau berjaya mendapatkan isyarat Internet, selain menggunakan sel solar bagi sumber elektrik untuk memastikan komputer riba dan telefon bimbitnya terus berfungsi.

Abdallah menjalankan kajian berkaitan impak kepimpinan digital terhadap pengurusan perubahan di institusi pengajian tinggi di Palestin.

Sementara itu, penyelia utamanya Ali Nasser melahirkan kekaguman dengan kecekalan Abdallah yang lulus ujian kelayakan tersebut dengan pembetulan, sekali gus membolehkan beliau yang kini berada di semester tujuh meneruskan pengajian dan menamatkan PhD.

"Abdallah menghadapi pelbagai dugaan seperti masalah kewangan, selain masalah kesihatan anaknya yang menghidapi penyakit kronik iaitu Cerebral Atrophy dan keadaan menjadi lebih buruk dengan perang di Gaza.

"Walaupun ia mengganggu dan melambatkan pengajian PhD beliau, Abdallah tetap ingin meneruskan pembelajarannya," katanya.

Menurut USIM, isteri Abdallah dan tiga anaknya kini berada di Selatan Gaza, manakala Abdallah bersama seorang anaknya berada di Utara Gaza.

Kediaman dan kenderaan beliau di Utara Gaza musnah dan ramai saudara-maranya terkorban dalam serangan rejim Israel sejak Oktober tahun lalu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Amir Hamzah, Zulkifli Angkat Sumpah Ahli Dewan Negara

2

Semasa 2 tahun yang lalu

19 Ahli Keluarga Terbunuh, Pensyarah USIM Harap Gencatan Senjata Di Gaza

3

Pendidikan 3 tahun yang lalu

SAM Medan USIM Gilap Bakat Muda, Miliki Pelapis Profesional

4

Refleksi 3 tahun yang lalu

Status OKU Tidak Halang Azizah Dalami Al-Quran

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran