web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


SAM Medan USIM Gilap Bakat Muda, Miliki Pelapis Profesional

Pendidikan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2023 7:22AM

Ahmad Azhar (tengah) mempamerkan larian bertenaga untuk menghadiahkan pingat emas kepada USIM dalam acara olahrada di SAM.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Atlet dari Pusat Tamhidi (Tamhidi) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) tidak pulang tangan kosong dari kejohanan Sukan Asasi Malaysia (SAM) 2023 yang berlangsung baru-baru ini, apabila menghadiahkan satu pingat emas dan dua pingat gangsa untuk universiti.

Turut membanggakan, Tamhidi menduduki carta enam pasukan terbaik keseluruhan dari 14 buah pusat asasi dan matrikulasi di SAM kali ini.

Kejohanan tahun kelima dengan kali ini diadakan di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gambang Pahang itu, menyaksikan sebanyak 12 acara dipertandingkan.

Menurut Ketua Kontinjen Tamhidi, Aiza Azrin Mohd Zain, USIM menghantar 118 atlet dan 22 pegawai pengiring bagi memburu pingat dalam sembilan acara sukan, antaranya futsal, bola jaring, bola tampar, badmintan, e-sukan serta olahraga.

Pasukan bola jaring USIM turut menghadiahkan pingat gangsa.
Pasukan bola jaring USIM turut menghadiahkan pingat gangsa.

Katanya, acara olahraga menepati sasaran awal untuk menyumbang pingat emas kepada USIM.

“Alhamdulillah, syukur dengan pencapaian kontijen Pusat Tamhidi USIM dalam kejohanan kali ini apabila membawa pulang tiga pingat. Kita raih emas tunggal dalam acara larian 1500 meter lelaki, manakala dua pingat gangsa digenggam melalui acara bola jaring dan ping-pong.

“Terima kasih kepada pengurusan universiti, Pusat Tamhidi, Pusat Sukan dan semua pihak terlibat dalam mempersiapkan atlet kita.

“Melalui kejohanan ini, Pusat Tamhidi secara langsung membantu universiti mengenalpasti bakat muda lebih awal untuk digilap dan seterusnya berpotensi diserap sebagai atlet utama universiti,” katanya menerusi kenyataan.

Kontinjen Pusat Tamhidi USIM menepati sasaran pingat di SAM.
Kontinjen Pusat Tamhidi USIM menepati sasaran pingat di SAM.

Sementara itu, penerima pingat emas, Ahmad Azhar Ramli, 18, berkata kejayaan itu juga disumbang dengan kehadiran ibu dan kakak yang sanggup meredah perjalanan jauh dari Johor ke Gambang, Pahang, sekali gus menjadi pembakar semangat kepadanya untuk meraih kemenangan membanggakan.

Mahasiswa program Tamhidi Sains Fizikal dan Teknologi itu mencatat masa empat minit 50 saat untuk bergelar juara, manakala pelari dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berada di tempat kedua untuk menerima pingat perak dan peserta Universiti Utara Malaysia (UUM) (pingat gangsa).

Sementara itu, perasmian penutupan SAM yang berperanan sebagai wadah untuk membentuk interaksi dan kerjasama dalam kalangan pelajar asasi universiti awam serta matrikulasi terbabit, berlangsung meriah.

Majlis penutupan itu disempurnakan Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, Fadzli Mohamad Kamal.

Pada acara itu, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dinobatkan sebagai juara keseluruhan dengan pungatan 14 pingat emas, selain perak (4) dan gangsa (2). - Getaran, 23 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Pelajar PhD USIM Duduki Ujian Kelayakan Bawah Khemah, Dikelilingi Runtuhan Di Gaza

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Amir Hamzah, Zulkifli Angkat Sumpah Ahli Dewan Negara

3

Semasa 2 tahun yang lalu

19 Ahli Keluarga Terbunuh, Pensyarah USIM Harap Gencatan Senjata Di Gaza

4

Refleksi 3 tahun yang lalu

Status OKU Tidak Halang Azizah Dalami Al-Quran

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 4 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar