web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Takkan Layan Tuntutan UTC - Azalina

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2024 4:35PM

Azalina Othman Said - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebarang bentuk tuntutan dibuat United Tausug Citizens (UTC) ke atas Sabag walaupun mereka mendakwa sebagai penjaga sah Wilayah Kesultanan Sulu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kumpulan berkenaan mendesak kerajaan Malaysia membuat pembayaran berjumlah AS$15 bilion (RM70.2 bilion).

Menurut beliau, wang berkenaan didakwa sebagai Cession Money atau Wang Penyerahan Wilayah.

“Mereka turut mendesak kita mengiktiraf UTC sebagai kerajaan berdaulat dan merdeka,” katanya hari ini.

Jelas Azalina, kumpulan terbabit juga mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Malaysia di Amerika Syarikat.

“Tuntutan ini jelas tindakan tidak berasas sebuah kumpulan yang sebenarnya cuba memeras ugut kerajaan Malaysia.

“Mereka cuba menuntut kedaulatan ke atas wilayah milik kita,” tegasnya.

Beliau menarik perhatian, Malaysia sebelum ini berjaya mengetepikan cubaan serupa, dilakukan oleh pihak yang mendakwa sebagai waris Sultan Jamalul Kiram II.

“Kita semua tahu Kesultanan Sulu sudah lama terhapus, malah kerajaan mereka tidak diiktiraf oleh mana-mana negara berdaulat dan organisasi antarabangsa,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan Azalina memberitahu, hukuman penjara selama enam bulan dikenakan Mahkamah Jenayah Madrid terhadap penimbang tara Sepanyol, Dr Gonzalo Stampa membuktikan ada penyalah gunaan jenayah telah berlaku.

“"Kerajaan Malaysia akan mencari semua penyelesaian undang-undang untuk sebarang tuntutan remeh dan tidak berasas bagi melindungi kedaulatan, keselamatan dan kepentingan negara," katanya. - Getaran, 9 Mac 2024

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

Pilihan Raya Bukan Saluran Bebaskan Mana-Mana Individu - Azalina

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

3

Politik 2 bulan yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Tinggalkan Mandat Anda’ - Azalina

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad