Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Cari Segera Solusi Tandas Sekolah Kotor, Didik Murid Hargai Nilai Kebersihan

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2023 7:00AM

Pentadbiran sekolah digesa memandang serius teguran Anwar Ibrahim yang menyifatkan isu tandas sekolah kotor sebagai tidak berkesudahan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pentadbiran sekolah digesa memandang serius teguran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan isu tandas sekolah kotor sebagai tidak berkesudahan.

Pensyarah Kanan Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad berkata, kenyataan itu membuktikan sudah tiba masanya penyelesaian solid dilaksanakan segera kerana masalah tersebut bagaikan tiada noktah dan terus menghantui pelajar sehingga hari ini.

Menurut beliau, pihak sekolah harus menghentikan pelbagai alasan untuk tidak menyelesaikan masalah tandas kotor dan perlu mengadakan perbincangan bersama ibu bapa, murid-murid serta pelbagai pihak berkaitan supaya isu paling asas melanda sistem pendidikan negara itu mampu diselesaikan.

Dr Anuar Ahmad - Gambar fail
Dr Anuar Ahmad - Gambar fail

“Hentikan pelbagai alasan seperti tiada peruntukan, murid-murid telah rosakkan tandas walaupun baru dibaiki sebulan. Kita mengetahui itu berlaku namun semua mengetahui tandas Rehat dan Rawat (R&R) di lebuh raya serta pusat membeli belah, digunakan ribuan pengunjung, namun mengapa tandas itu berada dalam keadaan baik.

“Isu ini bukan (sahaja) di peringkat Kementerian Pendidikan (KPM) namun diuruskan oleh kepimpinan sekolah, ibu bapa, guru serta pihak berkaitan. Semua kena duduk semeja dan berbincang macam mana nak uruskan masalah itu. Apabila seorang Perdana Menteri terpaksa memberi teguran berkaitan isu paling asas dalam sistem pendidikan, bunyi macam tidak sedap dan ia tidak boleh diterima jika masih tiada penyelesaian,” katanya kepada Getaran.

Dedah Anuar, terdapat sekolah yang telah berjaya menyelesaikan masalah tandas kotor dan ia perlu dicontohi semua pihak terlibat.

“Isu tandas sekolah ini sudah cukup lama dan telah berlaku selama berpuluh tahun, malah ada yang keadaannya sangat daif, berbau dan tidak bersih. Bukan tiada usaha namun ia tidak dilakukan secara berterusan.

“Bagaimanapun, terdapat sekolah telah berjaya menjadikan tandas mereka bersih, kemas yang menunjukkan perubahan itu tidak mustahil. Ia membuktikan bahawa dari usaha semua pemegang taruh, pengetua, ibu bapa dan guru khususnya, kita boleh melakukan perubahan dalam isu kebersihan tandas,” katanya.

Dalam pada itu, Anuar berkata, tandas di sekolah seharusnya diangkat sebagai satu ruang pembelajaran bagi mendidik murid, khususnya di sekolah rendah mengenai aspek kebersihan.

Jelasnya, di ruang tersebut murid akan belajar mengenai etika berkongsi, nilai menghargai kebersihan dan tanggungjawab bersama.

Malah katanya, trend membersihkan tandas sekolah dalam kalangan murid dan pelajar sekolah sebagaimana diamalkan di Jepun, sebenarnya boleh diaplikasikan di negara ini.

“Di Jepun kalau kita tengok, murid-murid cuci tandas sekolah sendiri. Mereka tahu bahawa tandas itu perlu dijaga kebersihannya, selain diajar bagaimana nak guna tandas dengan betul.

“Jadi itulah sepatutnya dipelajari murid-murid di negara ini. Itu juga sebahagian daripada pendidikan di sekolah rendah, mengenai pendidikan kesihatan dan kebersihan,” katanya.

Namun, beliau tidak menolak amalan itu akan kurang dipersetujui segelintir ibu bapa yang beranggapan ia tugas menjijikkan.

“Saya tahu ada beberapa sekolah berasrama yang menanam amalan itu, tapi budaya kita khususnya ibu bapa tidak melihat membersihkan tandas itu tugas baik dan mulia.

“Mereka melihat ia tugas kotor dan menjijikkan, walhal sebenarnya membersihkan benda kotor itu perkara mulia. Pada saya itu sikap, budaya dan cara berfikir yang perlu diperbetulkan,” katanya.

Perdana Menteri ketika mengimbau kenangan menyandang portfolio Menteri Pendidikan pada 1986 sehingga 1991 berkata, aspek kebersihan tandas merupakan antara perkara yang diberikan keutamaan, termasuk mengarahkan sekolah melaksanakan giliran untuk murid membersihkan tandas.

Anwar berkata langkah itu menyebabkan ada ibu bapa 'kelas atasan' menghantar telegram kepadanya bagi mempersoalkan tindakan itu kerana pada mereka, anak-anak dihantar ke sekolah untuk belajar bukannya mencuci tandas.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, anak-anak di sekolah perlu dididik mengenai bab kebersihan termasuk dilatih melaksanakan aktiviti mencuci tandas sebagai satu daripada aspek pembelajaran, dan ia perlu dilaksanakan tanpa mengira kedudukan ibu bapa masing-masing.

Dr Mohamad Ali Hasan - Gambar fail
Dr Mohamad Ali Hasan - Gambar fail

Katanya, langkah tersebut akan membolehkan murid-murid mempelajari tentang kebersihan, menghormati orang lain, dan secara tidak langsung memahami serta menghargai kerja rumah yang dilakukan ibu bapa mereka dan pekerja kebersihan. 

Sementara itu, menyentuh mengenai latihan untuk murid-murid mencuci tandas, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Profesor Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan menyarankankan agar pentadbir sekolah melaksanakan cadangan itu dengan memilih terlebih dahulu pelajar yang mempunyai masalah disiplin.

“Laksanakan sistem atau kaedah secara giliran untuk setiap kelas bukan sahaja membersihkan tandas sekolah, namun pada masa sama membersihkan keseluruhan kawasan sekolah seperti surau atau sekeliling kelas masing-masing.

“Namun sebagai permulaan untuk menyahut saranan daripada Perdana Menteri, pelajar yang didapati mempunyai masalah disiplin boleh diarahkan untuk melakukan kerja-kerja sosial seperti membersihkan tandas sekolah,” katanya.

Jelasnya, nilai murni itu perlu diterapkan dan tidak mustahil, etika penggunaan tandas dengan baik akan menjadi satu budaya dalam kalangan murid.

"Cadangan agar pelajar membersihkan tandas sekolah bagi mendidik soal kebersihan dan membiasakan mereka menjaga dan menguruskan aset awam bukanlah luar biasa, malah kita sangat menyokong perkara terbabit,” katanya. - Getaran, 5 Jun 2023.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

97.8 Peratus Projek Penyelenggaraan Tandas Sekolah Siap Sepenuhnya

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Pernah Diarah Tutup 2 Kali, Restoran Mamak Kotor 'Kantoi' Lagi

3

Pendidikan 3 bulan yang lalu

Tandas Baharu Sekolah, Bangkitkan Paradigma Pelajar

4

Pendidikan 5 bulan yang lalu

UPSR Tidak Akan Dilaksanakan Semula - Menteri

Sorotan

1

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

2

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

3

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

4

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

5

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

6

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

7

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

Disyorkan untuk anda

Sukan 2 jam yang lalu

Piala Thomas: Zii Jia Ketepikan 'Kegoyahan' Kem Perseorangan Lelaki Negara

Semasa 1 hari yang lalu

Sik Dibasahi Hujan, Ribuan Iringi Perjalanan Terakhir ‘Adik Mad’

oleh Rafisqi Radhi

Politik 1 hari yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

Sukan 9 jam yang lalu

Aksi ‘Battle Of The Reds’ Gamit Memori - David James