Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tandas Baharu Sekolah, Bangkitkan Paradigma Pelajar

Pendidikan Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jan 2024 2:15PM

Pelajar Nur Syahira Adnan, 16, menggunakan tandas yang telah dinaik taraf seumpama tandas hotel di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Baru, hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mungkin projek menaik taraf mencantikkan tandas sekolah tidak memberi sebarang makna bagi sesetengah pihak, namun hakikatnya impak yang diperoleh hasil daripada usaha tersebut tidak hanya memastikan kesejahteraan pelajar, malah mereka juga dapat menggunakannya dengan selesa dan selamat.

Apa yang menariknya juga, ia turut menyuntik semangat pelajar dan teruja ke sekolah, selain meningkat kesedaran mereka untuk turut sama memikul tanggungjawab menjaga tandas berwajah baharu ini berbanding menyerahkannya kepada pekerja am sekolah semata- mata.

Hakikatnya, pengalaman buruk dan rasa ketidakselesaan menggunakan tandas sekolah yang daif dengan pelbagai kerosakan, suasana kusam, kurang bersih dan berbahaya bukanlah isu baharu bahkan ada yang sanggup 'menahan' rasa membuang air kecil atau besar berjam-jam lamanya sehingga habis sesi persekolahan.

Apa yang dibimbangi adalah kesihatan dan keselamatan pelajar itu sendiri untuk jangka masa panjang, selain mungkin masih ada mengingati insiden seorang murid perempuan Tahun Tiga yang dilaporkan cedera akibat ditimpa tangki pam tandas tercabut di sebuah sekolah rendah di Perak pada Julai tahun lalu.

Biarpun demikian, segala episod dan pengalaman buruk menggunakan tandas sekolah hampir menemui titik noktah apabila projek penyelenggaraan dan naik taraf di seluruh negara susulan daripada kepekaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan isu tersebut berjaya membawa paradigma kepada tandas sekolah.

Ini terbukti apabila hasil tinjauan BERNAMA di beberapa buah sekolah di Negeri Sembilan, Kelantan, Perak mahupun Perlis mendapati projek naik taraf dan selenggara oleh Kementerian Pendidikan (KPM) ini boleh dikatakan berjaya mengubah wajah baharu imej tandas sekolah kepada lebih eksklusif, ceria dan selesa.

Ada yang berkonsepkan minimalis, ada yang persis tandas hotel atau kawasan Rehat & Rawat (R&R) apabila projek naik taraf itu menggunakan jubin dengan warna menarik, sinki, pili air berbentuk moden, bunga dan pokok hiasan turut disediakan, pewangi, pancuran air mandi serta tandas duduk, jauh berbeza berbanding sebelumnya.

"Tandas sekarang lebih cantik. Sekarang saya lebih bersemangat datang sekolah sebab tidak perlu risau buang air, ada banyak kemudahan (peralatan di tandas) dan tidak rosak," kata murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Air Hitam Labu di Wakil Pos Tronoh Mines, Kampar, Perak, Aniq Darwis Muhammad Sobri, 12, kepada BERNAMA.

Keterujaan menggunakan tandas baharu ini juga menyuntik kesedaran pelajar untuk bersama-sama memikul tanggungjawab memastikan pemberian yang dianggap sebagai 'hadiah' kepada kesejahteraan mereka ini dijaga dengan baik.

Malah, menariknya ada sekolah di Negeri Sembilan yang melaksanakan konsep 'tandas angkat' apabila tugas menjaga dan membersihkan tandas dibuat secara bergilir bagi mendidik rasa tanggungjawab, sekali gus menyahut saranan Anwar yang sebelum ini mengingatkan murid sekolah tidak mengambil mudah isu kebersihan dan keselesaan tandas.

Pendekatan yang dilakukan oleh SK Kampung Tanjong iaitu kira-kira 40 kilometer dari bandar Seremban ini membuatkan murid Tahun Lima, Nur Hani Marizza Zulhelmi, 11, dan murid Tahun Enam, Muhammad Khairul Azmi, 12, akan menegur rakan yang ambil enteng kebersihan tandas.

"Rasa gembira tengok tandas semakin cantik...kami juga diingatkan jaga kebersihan tandas. Tidak perlu harapkan 'makcik cleaner' sahaja bersihkan dan apabila ada rakan tidak jaga, kami akan terus tegur," kata Nur Hani Marizza yang juga pengawas di sekolah itu.

Begitu juga situasinya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Intan, Kelantan apabila pihak sekolah telah melantik guru untuk membuat pemantauan, selain turut menyediakan jadual kebersihan serta memberi nilai tambah untuk mencantikkan lagi tandas termasuk menghiaskannya dengan lukisan mural.

Menganggap projek naik taraf tandas itu membawa makna besar kepada keselesaan dan kelegaan 748 pelajar di sekolah itu apabila dapat menoktahkan episod kesengsaraan mereka yang sebelum ini terpaksa berjalan jauh ke blok lain dan berkongsi dengan ramai pelajar disebabkan ada beberapa tandas rosak.

Pengetuanya, Che Sauti Che Ibrahim berkata, peruntukan yang disalurkan itu telah membantu menyelesaikan masalah tandas rosak di blok tingkat satu hingga tiga yang tidak dapat digunakan sejak sekian lama.

Keadaan ini, katanya, menyukarkan pelajar apabila terpaksa ke blok lain yang agak jauh untuk berkongsi menggunakan tandas sehingga berlaku kesesakan di tandas berkenaan.

Biarpun begitu, dalam usaha menaik taraf ini, tidak hanya reka bentuk cantik, moden sahaja diberikan keutamaan tetapi projek ini juga turut menitikberatkan kualiti bahan digunakan bagi memastikannya tahan lama dan lebih penting, selamat.

Kerana itu, Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Datuk Mohamad Fauzi Mahson memberitahu, pihaknya menitikberatkan lima skop yang digariskan KPM dalam proses baik pulih dan penyelenggaraan tandas di sekolah, antaranya sistem pengepaman dan pendawaian elektrik dalam keadaan baik serta turut mensyaratkan penyediaan tandas duduk.

Setakat ini, kerja naik taraf serta penyelenggaraan tandas sekolah di Perak melibatkan 795 sekolah dan telah selesai sepenuhnya akhir tahun lalu dengan kos sebanyak RM55.65 juta.

Biarpun demikian, usaha menjayakan ini tidak akan memberikan impak efektif sekiranya tiadanya jalinan kerjasama dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan kerana itu, pengukuhan kolaborasi ini turut menjadi antara penekanan pihak sekolah.

Misalnya, aspek keceriaan tandas di SK Kampung Tanjong, Negeri Sembilan banyak dibantu oleh PIBG, begitu juga di SK Tanah Hitam, Perak dan menariknya juga, pihak sekolah turut mempunyai pelbagai perancangan lain untuk menambah baik fasiliti tandas sekolah dengan jalinan kerjasama tersebut.

Ini termasuklah mewujudkan tandas digital yang menggunakan butang 'sentuh' apabila murid memasuki tandas bertujuan untuk menilai kekerapan murid menggunakannya, selain mengenal pasti sekiranya mereka mempunyai masalah kesihatan.

Nampaknya, hasrat Perdana Menteri yang mahukan kemudahan tandas yang bersih dan selamat untuk keselesaan pelajar dan guru di negara ini membuahkan hasil apabila impak ketara dapat dilihat daripada projek naik taraf dan penyelenggaraan tandas tersebut.

Melibatkan baik pulih tandas bagi 8,354 sekolah dengan peruntukan RM630.77 juta itu bermula pertengahan Julai tahun lalu secara kolaboratif antara Unit Penyelarasaan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan KPM serta pejabat-pejabat daerah di seluruh negara, mungkin sudah tiba masanya untuk mengucapkan selamat tinggal tandas sekolah yang tidak bersih dan kusam. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

97.8 Peratus Projek Penyelenggaraan Tandas Sekolah Siap Sepenuhnya

2

Pendidikan 6 bulan yang lalu

UPSR Tidak Akan Dilaksanakan Semula - Menteri

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Terima Kasih Maryam, Saya Akan Percepat Selesaikan Masalah Tandas Sekolah - PM

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Cari Segera Solusi Tandas Sekolah Kotor, Didik Murid Hargai Nilai Kebersihan

Sorotan

1

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

2

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

3

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

4

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

5

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

6

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Individu Main Isu 3R Wajar Dikenakan Tindakan Tegas - Ahli Akademik

Semasa 3 jam yang lalu

Cuepacs Selangor Kecewa Ahli Parlimen PN Cuba Gagalkan Kenaikan Gaji Penjawat Awam

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

Semasa 1 hari yang lalu

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

oleh Sophia Ahmad