web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


97.8 Peratus Projek Penyelenggaraan Tandas Sekolah Siap Sepenuhnya

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2024 1:06PM

Sebanyak 174 atau 2.2 peratus projek masih di peringkat pelaksanaan - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 7,852 atau 97.8 peratus projek penyelenggaraan tandas dan penyelenggaraan kecil di sekolah dan institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan (KPM) berjaya disiapkan sepenuhnya setakat 29 Februari lepas.

KPM dalam jawapan bertulis disiarkan menerusi laman sesawang Parlimen memaklumkan projek yang dilaksanakan di bawah peruntukan khas Naik Taraf dan Penyelenggaraan Kecil Institusi Pendidikan Tahun 2023 berjumlah RM654.29 juta itu melibatkan 8,354 sekolah dan institusi pendidikan.

"la melibatkan 8,306 sekolah kerajaan serta 48 institusi pendidikan (Kolej Matrikulasi, Institut Aminuddin Baki dan Kampus Institut Pendidikan Guru) dengan RM70,000 diperuntukkan bagi setiap sekolah kerajaan dan RM200,000 bagi setiap institusi pendidikan," menurut kementerian itu bagi menjawab soalan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (PN-Kuala Langat).

Soalan Dr Ahmad Yunus adalah berhubung status projek naik taraf tandas sekolah dan faktor berlakunya projek yang gagal dilakukan dengan sempurna.

Menurut KPM, 174 atau 2.2 peratus projek masih di peringkat pelaksanaan dan 310 sekolah di Sarawak ditangguhkan pelaksanaannya dan akan diteruskan pada tahun ini, manakala baki 18 sekolah lagi digugurkan atas faktor sekolah baharu yang masih dalam tempoh liabiliti kecacatan.

Pelaksanaan penyelenggaraan tandas di 310 sekolah di Sarawak itu ditangguhkan atas faktor kekangan masa, lokaliti dan juga kekurangan pekerja binaan untuk menyiapkannya pada tahun lepas.

Dalam pada itu, KPM memaklumkan dari 2016 hingga 2024, sebanyak 1,069 projek pembinaan semula bangunan daif di sekolah dengan kos RM8.34 billion telah diluluskan dan daripada jumlah itu, 694 projek telah siap, 159 projek pada peringkat pembinaan manakala 216 projek pada peringkat prabina, setakat 15 Februari lepas.

"Sehingga Jan 2024, terdapat 1,149 sekolah yang mempunyai bangunan daif di seluruh Malaysia yang belum diangkat untuk kelulusan. Daripada jumlah tersebut, 110 sekolah yang mempunyai bangunan daif akan dikemukakan permohonan dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) Rancangan Boleh Pinda Kelima (RP5) Tahun 2025," menurut KPM dalam jawapan kepada soalan Dr Richard Rapu @ Aman Begri (GPS-Betong).

Dr Richard bertanya mengenai status projek bina baharu atau baik bulih sekolah-sekolah daif di Malaysia serta jumlah sekolah daif skala enam dan tujuh yang belum diangkat untuk diluluskan di bawah program pembinaan sekolah daif mengikut negeri.

Mengulas lanjut, KPM memaklumkan pihaknya sedang meneliti keperluan kebolehlaksanaan pembinaan bangunan gantian yang melibatkan 1,039 sekolah dalam aspek keperluan sebenar, lebihan baki tanah sekolah serta status hak milik tanah. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

2 Pelajar Maut, KPM Arah IPG Henti Semua Aktiviti Ekstrem, Sukan Air

2

Pendidikan 3 bulan yang lalu

Tangguh Aktiviti Luar Jika Suhu Lebih 35 Selsius - KPM

3

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Sekolah Padat: KPM Rangka Intervensi Jangka Panjang, Pendek - Fadhlina

4

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Tandas Baharu Sekolah, Bangkitkan Paradigma Pelajar

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 13 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 10 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar