web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


UPSR Tidak Akan Dilaksanakan Semula - Menteri

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Oct 2023 8:17PM

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengadakan sidang akhbar selepas majlis perasmian Taman Angkat Amanita Taman Pekaka di Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Indah di sini hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NIBONG TEBAL - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertegas tidak akan mengembalikan semula peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), walaupun ada permintaan khususnya ibu bapa yang mahu ia dikembalikan sebagai penanda aras pencapaian anak-anak mereka di peringkat sekolah rendah.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, usaha KPM pada ketika ini adalah memberi tumpuan kepada Tinjauan Pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027 dalam membangunkan kurikulum persekolahan baharu demi memastikan pendidikan masa depan lebih kukuh.

"Oleh itu, saya minta supaya ibu bapa bagi tumpuan kepada jerayawara ini (Tinjauan Pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027) kerana kita mahu libat urus yang meluas untuk (mendapatkan) input-input bagi memperkukuhkan sistem pendidikan negara.

"Sekarang ini, kita nak bagi tumpuan kepada pentaksiran holistik untuk anak-anak kita khususnya untuk pembangunan mereka secara keseluruhan bagi memastikan antaranya, karakter (anak-anak) itu boleh diperkukuhkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Taman Angkat Amanita Taman Pekaka di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saujana Indah di sini, hari ini.

Kerajaan sebelum ini memutuskan untuk memansuhkan sepenuhnya UPSR bermula 2021 selepas hasil libat urus dengan pelbagai pihak sejak peperiksaan berkenaan dibatalkan susulan pandemik COVID-19.

Dalam perkembangan berasingan, Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal, meminta mana-mana pihak yang mengesan berlakunya sebarang 'ketirisan' dalam isu penyaluran dana sebanyak RM70,000 untuk membaiki tandas sekolah supaya membuat laporan terus kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Laporkan sahaja kepada SPRM apa-apa (berkaitan salah guna dana untuk tandas sekolah). Kita memang buat pemantauan tapi kalau ada sebarang isu, saya minta untuk dilaporkan kepada mereka (SPRM) supaya 'kecurangan-kecurangan' ini dapat kita tangani di peringkat autoriti," katanya.

Bagaimanapun, Fadhlina berkata, dakwaan demikian tidak merencatkan perkembangan penyaluran dana berkenaan kerana maklum balas yang diterima daripada pihak sekolah setakat ini sangat memberangsangkan.

"Penyaluran dana ini kita akan buat secara berfasa termasuk kepada SBK (Sekolah Bantuan Kerajaan). Doakan agar kita dapat buat dari semasa ke semasa," katanya.

Semalam Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menerusi laman Facebooknya memaklumkan beliau telah melakukan pemeriksaan mengejut ke sebuah sekolah untuk melihat hasil kerja kontraktor untuk projek baik pulih tandas.

Beliau dilaporkan berkata, setiap sekolah menerima RM70,000 untuk membaik pulih tandas-tandas pelajar yang rosak, namun hasil pemerhatiannya adalah amat mengecewakan kerana terdapat pelbagai isu yang dilihatnya dalam pemeriksaan tersebut dan perlu diambil tindakan segera oleh pihak kontraktor serta pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Politik 16 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad