web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sik Dibasahi Hujan, Ribuan Iringi Perjalanan Terakhir ‘Adik Mad’

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2024 11:00PM

Lebih 1,000 jemaah menyertai solat jenazah Allahyarham Muhammad Faisol Tamadun di Masjid Al-Muhtadin - gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SIK - Seakan menangisi pemergiannya, bumi Sik hari ini dibasahi hujan sejak kira-kira 5 petang tadi bagi menyambut kepulangan jenazah Allahyarham Pegawai Waran II TLR, Muhammad Faisol Tamadun, 36 yang terkorban dalam nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak semalam. 

Bagaimanapun hujan yang pada asalnya lebat, kemudiannya berhenti seolah-olah memberi ruang untuk urusan pengebumian wira negara itu dilaksanakan.

Ketibaan jenazah Allahyarham Muhammad Faisol Tamadun di rumah kakaknya - gambar Rafisqi Radhi
Ketibaan jenazah Allahyarham Muhammad Faisol Tamadun di rumah kakaknya - gambar Rafisqi Radhi

Keadaan itu membuka peluang kepada ribuan individu untuk hadir ke Tanah Perkuburan Islam Sik dekat Masjid Al-Muhtadin di sini, bagi mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham, sekali gus mendoakan kesejahteraannya di alam sana. 

Terdahulu jenazah Allahyarham tiba di rumah kakak sulungnya, Noryani Tamadun, 50, di Kampung Tanjung kira-kira jam 8.55 malam.

Ahli keluarga Allahyarham mendoakan kesejahteraan Muhammad Faisol Tamadun ketika jenazahnya tiba di rumah kakaknya di Kampung Tanjung - gambar Rafisqi Radhi
Ahli keluarga Allahyarham mendoakan kesejahteraan Muhammad Faisol Tamadun ketika jenazahnya tiba di rumah kakaknya di Kampung Tanjung - gambar Rafisqi Radhi

Suasana pilu dapat dirasai oleh semua yang hadir apabila isteri Allahyarham, Nor Syuhada Jamil dan dua anaknya saling berpelukan dengan sanak saudara. 

Jenazah kemudiannya dibawa ke masjid tersebut kira-kira jam 9.20 malam untuk disembahyangkan oleh lebih 1,000 jemaah yang mula memenuhi pekarangan rumah ibadat itu sejak sebelum maghrib. 

Selepas disolatkan, jenazah Allahyarham kemudiannya dibawa ke kawasan tanah perkuburan dan selesai dikebumikan kira-kira jam 10.10 malam. 

Proses pengebumian disempurnakan dengan penuh istiadat oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan jenazah Muhammad Faisol disemadikan di bersebelahan pusara ibu, Fatimah Abdullah serta ayahnya, Tamadun Othman yang meninggal dunia Ogos tahun lalu. 

Jenazah Allahyarham Muhammad Faisal Tamadun diusung keluar dari masjid untuk dikebumikan - gambar Rafisqi Radhi
Jenazah Allahyarham Muhammad Faisal Tamadun diusung keluar dari masjid untuk dikebumikan - gambar Rafisqi Radhi

Sementara itu Noryani ketika ditemui media menzahirkan rasa syukur kerana segala urusan melibatkan pengurusan jenazah adik bongsunya itu yang dipanggil 'Adik Mad', berjalan lancar. 

"Alhamdulillah, jenazah Adik Mad sempurna dan segalanya seakan dipermudahkan. Ramai yang hadir sejak semalam, tak putus-putus orang datang ke rumah termasuk kawan-kawan Adik Mad. 

"Terima kasih kepada semua yang membantu keluarga memudahkan urusan arwah Adik Mad," katanya. - Getaran, 24 April 2024.

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Singapura 16 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran