web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dasar Beri Pampasan Kerugian Akibat Serangan Haiwan Liar Perlu Diteliti, Jangan Ada ‘Keciciran’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2023 7:15AM

Terdahulu, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kementeriannya sedang merangka dasar baharu untuk memberi pampasan kepada pekebun dan pemilik tanaman yang mengalami kerosakan serta kerugian akibat serangan hidupan liar - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan disaran melakukan penelitian secara menyeluruh terhadap dasar baharu untuk memberi pampasan kepada pekebun dan pemilik tanaman yang mengalami kerosakan serta kerugian akibat serangan hidupan luar untuk mengelak isu keciciran.

Timbalan Presiden Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia (PKPKM), Adzmi Hassan berkata, terdapat keperluan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim mengadakan kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan yang berkaitan bagi memudahkan proses penyaluran pampasan secara terperinci serta berpusat.

Menurut beliau, pihaknya yakin kerajaan tidak berdepan kesukaran untuk mengenal pasti pihak terlibat namun dikhuatiri, akan ada individu atau kelompok tercicir sekiranya dasar baharu bagi bayaran pampasan diuruskan oleh kementerian tidak berkaitan.

“Tidak sukar untuk mengenal pasti pekebun kecil yang mengalami ancaman hidupan liar kerana kawasannya sudah pun tetap seperti di Jeli, Kelantan ataupun beberapa kawasan di Pahang. Namun bagaimana dasar baharu itu mampu diuruskan sebaiknya oleh kementerian berkenaan?

“Justeru, perlu adakan kerjasama dengan kementerian serta agensi kerajaan yang bertanggungjawab menjaga pekebun kecil. Jangan bertindak bersendirian agar pampasan itu mudah disalurkan dan sampai kepada pihak memerlukan jika ia benar-benar direalisasikan.

“Kadang-kadang pampasan itu sukar disampaikan kerana ia diuruskan oleh kementerian tidak berkaitan serta melantik pihak tidak berkaitan sehingga berlaku keciciran,” katanya kepada Getaran.

Bagaimanapun, Adzmi berkata, pihaknya menyambut baik hasrat kerajaan untuk merangka dasar baharu berhubung perkara itu.

Katanya, ia adalah isyarat positif kerajaan dalam membantu golongan terlibat berikutan pemilik tanaman ketika ini terpaksa menanggung kerugian yang besar akibat gangguan binatang buas.

“Kalau ada usaha ini daripada kerajaan untuk membantu, Alhamdulillah, memang kita minta lama (pampasan) kerana untuk menanam semula tanaman yang rosak memerlukan wang.

“Selama ini, tiada peruntukan seperti itu diberikan. Jadi kami amat menyokong usaha tersebut tetapi penyaluran pampasan itu diharap boleh dipermudahkan kerajaan Persekutuan,” katanya.

Terdahulu, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kementeriannya sedang merangka dasar baharu untuk memberi pampasan kepada pekebun dan pemilik tanaman yang mengalami kerosakan serta kerugian akibat serangan hidupan liar.

Katanya, perbincangan antara kementeriannya dengan pihak berkaitan termasuk Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan berhubung perkara itu sudah pun dimulakan.

Nik Nazmi berkata, perincian mengenai dasar itu penting kerana tidak mahu pampasan terbabit diberikan kepada pihak tidak berkenaan.

Susulan itu, katanya, pihaknya akan bekerjasama dengan kementerian lain bagi mencari penyelesaian untuk meredakan ketegangan dan konflik antara manusia serta hidupan liar.

Sementara itu, aktivis masyarakat, Mohamad Nizam Abdul Samar Zammi turut senada dengan Adzmi dan mengesyorkan kajian secara terperinci perlu dilaksanakan agar tiada lagi individu tercicir daripada menerima bantuan.

Jelasnya, dasar baharu yang sedang dirangka itu antara inisiatif terbaik yang menjadi medium kepada petani atau pekebun dalam mendapat ‘ganjaran’, susulan membantu kerajaan meningkatkan ekonomi negara, melalui bidang pertanian.

“Perlu diperincikan lagi kerangka dasar terbabit. Buat secara menyeluruh dan lihat dengan lebih mendalam seperti mengambil kira berapa banyak kawasan tanaman terlibat, termasuk dari segi keperluan kepada petani.

“Kita bimbang disebabkan kerajaan terlepas pandang, akan ada individu yang tercicir. Justeru, kerajaan Persekutuan perlu bekerjasama dengan kerajaan negeri serta pihak berkaitan seperti pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad Nizam yang juga Ketua Eksekutif Yayasan Generasi Malaysia (YGM) menggesa kerajaan untuk menubuhkan jawatankuasa khas dalam memastikan dasar pemberian pampasan kepada pekebun yang mengalami kerugian akibat serangan haiwan liar dapat dilaksanakan secara proaktif.

“Pihak berwajib perlu mengambil langkah serius dan jangan ada kelompangan. Jadi, perlu ada langkah drastik agar pekebun sentiasa menerima maklumat.

“Jawatankuasa khas yang ditubuhkan kelak perlu turun padang untuk mengenal pasti individu yang layak menerima pampasan, di samping mengenal pasti masalah lain dihadapi mereka.

“Ini antara langkah awal yang boleh dilakukan sebagai jalan untuk membantu petani atau pekebun, sebelum dasar baharu itu dilaksanakan sepenuhnya oleh kerajaan,” katanya. - Getaran, 27 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Isu Kampung Sungai Baru: Kerajaan Jangan Tutup Mata – Khalid Samad

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

SIA Sahkan Tawar Pampasan Kepada Penumpang SQ321

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tragedi Elmina: 7 Waris Mangsa Layak Terima Pampasan PERKESO - Sivakumar

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Dasar Berkaitan Pampasan Akibat Tanaman Dirosakkan Hidupan Liar Dirangka

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 39 minit yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran