web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tragedi Elmina: 7 Waris Mangsa Layak Terima Pampasan PERKESO - Sivakumar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2023 8:53AM

V. Sivakumar - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tujuh keluarga mangsa nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina, Shah Alam layak menerima pampasan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), kata Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar. 

Katanya beliau telah mengarahkan Perkeso mengambil tindakan proaktif dengan menyemak status kelayakan 10 mangsa terbabit dalam nahas itu mengikut peruntukan perlindungan Perkeso, sejurus menerima berita berhubung tragedi berkenaan.

Sivakumar berkata hasil semakan mendapati enam keluarga mangsa mempunyai kelayakan mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4), manakala satu lagi keluarga mempunyai dua kelayakan iaitu menerusi Akta 4 dan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789).

“Melalui skim-skim diperuntukkan dalam akta tersebut, waris layak menerima bayaran Faedah Pengurusan Mayat (FPM) sehingga RM2,000 dan bayaran faedah pencen berkala,” katanya dalam kenyataan. 

Menurutnya, setakat ini, Perkeso sudah membuat bayaran FPM kepada tiga keluarga mangsa yang telah memberikan maklumat awal, sementara empat lagi keluarga mangsa belum memberikan maklumat.

Justeru, anggota Perkeso di pejabat berkaitan mengikut lokaliti waris diarahkan untuk sentiasa bersiap siaga bagi menghulurkan bantuan selayaknya. - BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Tragedi Elmina: Peluasan ‘Lift Dump Spoiler’ Punca Utama Nahas

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Isu Kampung Sungai Baru: Kerajaan Jangan Tutup Mata – Khalid Samad

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

SIA Sahkan Tawar Pampasan Kepada Penumpang SQ321

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Keluarga Mangsa Pokok Tumbang Terima Bantuan, Menteri Tanggung Kos Kelas Memandu Anak Mangsa

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad