web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tragedi Elmina: Peluasan ‘Lift Dump Spoiler’ Punca Utama Nahas

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2024 6:29PM

Tragedi pesawat terhempas Ogos tahun lalu di Elmina meragut 10 nyawa - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Peluasan lift dump spoiler yang tidak disengajakan ketika pemeriksaan sebelum mendarat dikenal pasti sebagai punca utama nahas udara pesawat Beechcraft yang terhempas di Bandar Elmina Shah Alam, tahun lepas, menurut laporan akhir kemalangan itu.

Tindakan itu menyebabkan kehilangan daya angkat secara tiba-tiba, mengakibatkan kehilangan kawalan katastrofik dan seterusnya terhempas.

Perkara ini didedahkan dalam Laporan Akhir Kemalangan Pesawat yang dikeluarkan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) Kementerian Pengangkutan (MOT), hari ini.

"Punca utama kemalangan ialah peluasan lift dump spoiler secara tidak sengaja, kemungkinan besar oleh pembantu juruterbang, semasa pemeriksaan sebelum mendarat," menurut laporan itu, yang siarkan di laman sesawang rasmi MOT.

Pada 17 Ogos tahun lepas, pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) milik persendirian dengan nombor pendaftaran N28JV terhempas di Elmina, mengorbankan kesemua lapan individu dalam pesawat (enam penumpang dan dua kru penerbangan), seorang pemandu e-panggilan dan seorang penunggang motosikal p-panggilan.

Laporan dengan 148 halaman itu menyatakan bahawa latihan dan kesedaran kru yang tidak mencukupi mengenai pengendalian sistem lift dump adalah faktor penyumbang kepada nahas itu.

"Ketidakbiasaan pembantu juruterbang dengan risiko khusus yang dikaitkan dengan sistem lift dump menyebabkan peluasan 'spoilers' yang tidak disengajakan," menurut laporan itu.

Menurut laporan itu, faktor penyumbang kepada nahas itu termasuklah penyimpangan daripada prosedur operasi standard, latihan kru yang tidak mencukupi, kawal selia tidak jelas, dan kekurangan dalam komunikasi dan membuat keputusan.

"Susunan tempat duduk anak kapal menyimpang daripada protokol ditetapkan, dengan juruterbang utama duduk sebelah kanan dan pembantu juruterbang di tempat duduk sebelah kiri, bertentangan dengan Manual Penerbangan Pesawat.

"Penyimpangan ini mungkin menyumbang kepada komunikasi yang tidak berkesan dan pengurusan sumber kru yang lemah," menurut laporan itu.

Penemuan lain menunjukkan bahawa pengendali pesawat gagal untuk mendapatkan kelulusan yang diperlukan untuk perkhidmatan udara tidak berjadual dan mematuhi peraturan penerbangan di Malaysia menyerlahkan jurang dalam pengawasan operasi.

"Proses komunikasi dan membuat keputusan yang tidak berkesan terbukti semasa fasa kritikal penerbangan. Ketiadaan taklimat atau amaran khusus mengenai operasi sistem lift dump dan keputusan untuk menyimpang daripada protokol tempat duduk standard menggariskan kekurangan dalam komunikasi dan membuat keputusan," menurut laporan itu.

Menurut laporan itu siasatan mendedahkan contoh ketidakpatuhan dan kesilapan, namun menekankan hasil siasatan tidak bertujuan menuding kesalahan atau liabiliti.

"Sebaliknya, ia (laporan itu) semata-mata untuk tujuan mencegah kemalangan pada masa hadapan dan meningkatkan keselamatan penerbangan secara keseluruhan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Tragedi Elmina: 7 Waris Mangsa Layak Terima Pampasan PERKESO - Sivakumar

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tragedi Elmina: Ujian DNA 9 Mangsa Selesai - Hussein

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tragedi Elmina: Agong Beri Sumbangan Peribadi Kepada Waris Mangsa

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tragedi Elmina: Grab Malaysia Bantu Keluarga Sharipuddin

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad