Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 4 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tragedi Elmina: Ujian DNA 9 Mangsa Selesai - Hussein

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2023 8:48AM

Hussein Omar Khan - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLANG - Proses ujian padanan asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengetahui identiti sembilan lagi mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat terhempas berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam selesai malam tadi, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.

“Kami sudah selesai semua ujian DNA dan sudah kenal pasti identiti mangsa yang terkorban dan kita akan serahkan kesemua mayat kepada waris pada jam 9 pagi hari ini,” katanya dalam sidang media di Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini malam tadi. 

Beliau berkata masih terdapat satu lagi prosedur yang perlu dilaksanakan waris iaitu membuat laporan polis bagi proses membawa keluar mayat.

Katanya jenazah akan dibawa ke masjid berhampiran untuk diuruskan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

“Selepas itu akan diaturkan untuk ke tanah perkuburan yang telah dipersetujui oleh pihak keluarga,” katanya.

Terdahulu, jenazah Allahyarham Muhamad Hafiz Muhamad Saleh, penunggang p-hailing yang terkorban dalam nahas itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Huda, Kampung Jerung, Sungai Petani, Kedah pada 4 petang semalam.   

Khamis lepas, pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina mengorbankan 10 individu termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang Datuk Seri Johari Harun.

Mangsa yang maut terdiri daripada enam penumpang dan dua kru pesawat ringan itu, manakala dua lagi merupakan orang awam, masing-masing penunggang motosikal dan pemandu kereta yang lalu di situ semasa kejadian.

Ketika insiden berlaku, pesawat malang itu dalam penerbangan dari Langkawi ke Subang dan telah mendapat pelepasan untuk mendarat pada 2.48 petang. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Mangsa Banjir Sarawak Meningkat Lebih 1,000

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Jumlah Mangsa Banjir Di Johor, Pahang Menurun Setakat Jam 8 Malam

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Jumlah Mangsa Banjir Kelantan, Selangor Menurun, Terengganu Dan Perak Kekal

4

Luar Negara 5 bulan yang lalu

Cuaca Buruk Jejas Usaha Mencari Mangsa Di Gunung Marapi

Sorotan

1

Mangsa Pokok Tumbang Sempat Diajar Mengucap – Saksi

2

Gaji Polis, Bomba Patut Naik Lebih Tinggi - Teresa Kok

3

KBS Pastikan Faisal Halim Dapat Rawatan Percuma Di ISN – Hannah

4

Malaysia Kekal Pendirian Tak Benar Syarikat Berdaftar Di Israel Jalan Aktiviti Dalam Negara

5

Faisal Halim Alami Kelecuran Tahap Empat, Pergerakan Dan Percakapan Terbatas - Shahril

6

Sivasangari Dinobatkan Atlet Terbaik April Oleh The World Games

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Mahu Integriti Penjawat Awam Setimpal Pengiktirafan Kerajaan

Semasa 1 hari yang lalu

Yang Di-Pertua Dewan Negara Terima Rawatan Lanjut Di HKL

oleh Fida Ruzki

Semasa 1 hari yang lalu

BJAK Tiada Kebenaran Laksana Khidmat Perbaharui Cukai Jalan - JPJ

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

Kes Faisal Halim Diserang Dengan Asid, Sultan Selangor Titah PDRM Siasat Segera

oleh Fida Ruzki