web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jumlah Mangsa Banjir Kelantan, Selangor Menurun, Terengganu Dan Perak Kekal

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Dec 2023 10:00AM

Penduduk kampung menggunakan bot untuk merentasi sungai selepas jambatan Kampung Pasir Jering runtuh akibat dihanyutkan arus deras - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kelantan dan Selangor menurun pagi ini manakala di Terengganu dan Perak kekal.

Di KELANTAN, jumlahnya turut kepada 5,087 orang daripada 1,592 keluarga setakat 9 pagi ini, berbanding 5,164 orang daripada 1,621 keluarga direkodkan malam tadi, dan ditempatkan di 14 pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan jajahan Pasir Mas.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 14 PPS itu terdiri daripada Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tinggi, SK Sri Rantau Panjang (2), SK Gual To’Deh, SK Gual Sitok, Masjid Lubok Gong dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gual Periok.

Selain itu, SMK Baroh Pial, SK Kedai Tanjong, SK Gual Periok, Madrasah Tasek Bakong, Masjid Mukim Padang Licin, SK Sri Kiambang, SMA (Agama) Pohon Buluh dan SK Lati.

Di SELANGOR, menurut Info Bencana JKM, jumlah mangsa banjir menurun kepada 14 orang daripada lima keluarga pagi ini berbanding 15 orang daripada lima keluarga malam semalam, yang ditempatkan di PPS SK Sultan Abdul Aziz Shah di Kuala Selangor yang mula dibuka sejak semalam.

Laman web rasmi Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan setakat 8.30 pagi ini, aras air Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat melebihi tahap waspada dengan bacaan 3.3m, tetapi dalam keadaan trend menurun.

Jumlah mangsa di TERENGGANU pula kekal dengan 158 mangsa daripada 16 keluarga masih ditempatkan di empat PPS di tiga daerah iaitu Dungun, Setiu dan Marang.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT), di Dungun 42 mangsa daripada sembilan keluarga masih berlindung di PPS Kampung Pelandang manakala di Setiu, hanya dua mangsa daripada satu keluarga ditempatkan di PPS Surau Kampung Nyatoh.

Sementara di Marang, 114 mangsa daripada enam keluarga berlindung di PPS SMK Merchang dan SK Pengkalan Berangan.

Di PERAK, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak, Teluk Intan kekal 65 orang daripada 18 keluarga setakat 8 pagi ini, sama seperti dmalam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) Perak memaklumkan kawasan terjejas banjir kekal melibatkan daerah Hilir Perak membabitkan kawasan Batu 9, Lorong Kedah, Lorong Belakang Klinik, Lorong Sidang Osman, Batu 7, Batu 8, Lorong Imam Khairi dan Lorong Mesra.

Sekretariat itu turut memaklumkan paras air di Sungai Bidor, Changkat Jong mencatatkan bacaan bahaya 3.72 meter ketika ini dengan cuaca di daerah Hilir Perak diramalkan hujan pada petang dan malam nanti. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 7 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad