web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Yang Di-Pertua Dewan Negara Terima Rawatan Lanjut Di HKL

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2024 12:23PM

Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal. - gambar fail

oleh

Fida Ruzki

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal, yang mengalami masalah Kesihatan ketika lawatan kerja di Azerbaijan, kini menjalani rawatan lanjut di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Pejabat Yang di-Pertua Dewan Negara, dalam satu kenyataan media, berkata Mutang tiba dari negara berkenaan pada jam 1 pagi tadi sebelum dibawa ke HKL bagi menerima rawatan perubatan.

Sebelum itu, Mutang berada di Azerbaijan untuk lawatan kerja bermula 29 April 2024 dan telah pulang lebih awal daripada yang dijadualkan.

“YB Senator Datuk Mutang Tagal mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak di Malaysia dan Azerbaijan yang telah membantu urusan rawatan beliau di Azerbaijan dan juga untuk pulang ke Malaysia bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih di atas kiriman tanda ingatan serta doa untuk kesembuhan beliau daripada semua pihak dan menghargai ruang masa yang diberikan kepada beliau dan keluarga di sepanjang tempoh rawatan ini,” katanya. 

Kenyataan itu menyebut, Mutang ke Azerbaijan bagi telah mengetuai delegasi Malaysia untuk menghadiri “6th World Forum on Intercultural Dialogue” berlangsung pada 1 Mei sehingga 3 Mei di ibu negara Azerbaijan, Baku.

Pejabatnya memaklumkan, Mutang juga melakukan kunjungan hormat terhadap Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev; Perdana Menteri Azerbaijan, Ali Asadov dan Speaker Milli Majlis Republik Azerbaijan, Sahiba Gafarova, serta menghadiri mesyuarat dan taklimat oleh pemain industri di sana. 

Media sebelum ini melaporkan, kedua-dua pemimpin, Asadov dan Mutang dalam satu pertemuan, menyatakan kejayaan hubungan mesra antara Baku dan Kuala Lumpur.

Media rasmi Azerbaijan, Azertac, melaporkan perbicangan kedua-dua pemimpin itu menyentuh mengenai peluang mengembangkan kerjasama kedua-dua negara dalam perdagangan, ekonomi, pelaburan, tenaga, kemanusiaan dan bidang lain. – Getaran, 6 Mei 2024

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad