web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cuaca Buruk Jejas Usaha Mencari Mangsa Di Gunung Marapi

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Dec 2023 3:54PM

Letusan Gunung Marapi di wilayah Sumatera Barat Indonesia sejak Ahad lalu menyebabkan hujan abu di beberapa kawasan. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA - Usaha mencari dan menyelamat mangsa letusan Gunung Marapi di Sumatera Barat, Indonesia terhalang oleh hujan serta jalan yang lincin, lapor agensi berita Jerman (dpa) memetik seorang pegawai pada Selasa.

Gunung Marapi yang meletus pada petang Ahad dan memuntahkan abu dan awan panas, mengorbankan sekurang-kurangnya 11 orang dan ramai lagi yang cedera. Sekurang-kurangnya 12 orang masih hilang.

"Keselamatan pasukan perlu diutamakan. Hujan sejak malam tadi hingga awal pagi menyebabkan jalan licin dan menghalang pasukan penyelamat turun," kata Abdul Malik, ketua agensi mencari dan menyelamat di Padang.

"Kami berhadapan kesukaran untuk menerbangkan dron disebabkan keadaan cuaca,” menurut  Malik.

Beliau berkata, operasi mencari diteruskan di seluruh kawasan berbatu yang menjadi tempat pilihan pendaki untuk berkhemah. 

Beberapa mangsa yang selamat didapati melecur dan dibawa ke hospital. Hanya enam mayat berjaya dikeluarkan dan dikenal pasti, kata pegawai.

Pihak berkuasa menggesa orang ramai, pelancong dan pendaki  supaya menjauhi kawasan itu dalam jarak tiga kilometer di sekitar puncak, memakai pelitup muka, topi dan cermin mata semasa di luar rumah bagi melindungi diri daripada abu dan serpihan.

Gunung Marapi adalah antara gunung berapi paling aktif di Sumatera, sebuah pulau di barat kepulauan Indonesia. 

Sebelum Ahad, letusan terakhirnya adalah pada 2018, apabila ia memuntahkan abu dan lahar sehingga lima kilometer ke atmosfera.

Gunung berapi itu adalah sebahagian daripada Lingkaran Api Pasifik, rangkaian aktiviti seismik di sekitar Lautan Pasifik. Indonesia mempunyai lebih daripada 120 gunung berapi aktif, menjadikannya terdedah kepada bencana letusan gunung berapi. - BERNAMA-dpa

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 11 bulan yang lalu

M’sia-Indonesia Sepakat Kukuhkan Kedudukan, Enggan Serahkan Nasib ASEAN Ke Tangan Kuasa Luar

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Cuaca Buruk Di UAE Sebabkan Penerbangan Lewat, Dibatalkan

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran