web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SIA Sahkan Tawar Pampasan Kepada Penumpang SQ321

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2024 1:03PM

Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Singapore Airlines (SIA) mengesahkan telah menawarkan pembayaran pampasan bagi 211 penumpang pesawat SQ321 yang mengalami gelora udara pada 20 Mei lepas.

Jurucakap SIA dalam kenyataan berkata, tawaran pembayaran pampasan itu dibuat semalam.

“Mereka yang mengalami ‘kecederaan ringan’ berikutan insiden tersebut ditawarkan ganti rugi sebanyak AS$10,000.

“Sementara itu, bagi mereka yang mengalami kecederaan lebih serius, SIA mempelawa mereka untuk berbincang mengenai tawaran pampasan yang sesuai apabila sudah sihat dan bersedia,” katanya.

Jelas jurucakap itu, pembayaran awal sebanyak AS$25,000 ditawarkan kepada penumpang yang dinilai secara perubatan mengalami kecederaan serius dan memerlukan rawatan jangka panjang.

Katanya, jumlah bayaran itu akan menjadi sebahagian daripada pampasan akhir yang akan diterima oleh penumpang tersebut.

“SIA turut menawarkan bayaran balik penuh tambang penerbangan kepada semua penumpang SQ321 termasuk yang tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Tambah beliau, semua penumpang turut menerima pampasan penundaan penerbangan mengikut peraturan Kesatuan Eropah atau United Kingdom yang berkaitan.

“SIA telah menyediakan S$1,000 kepada setiap penumpang untuk memenuhi perbelanjaan segera mereka sebaik sahaja berlepas dari Bangkok.

“SIA juga menanggung kos perubatan penumpang yang cedera dan mengatur penerbangan untuk ahli keluarga mereka ke Bangkok jika diminta,” katanya.

Jurucakap itu memberitahu, SIA telah menghantar kiriman emel bersama dengan maklumat tentang cara tuntutan kepada semua penumpang pesawat berkenaan.

Pesawat SQ321 sedang dalam perjalanan dari London ke Singapura apabila berdepan gelora udara semasa berada di ruang udara Lembangan Sungai Irrawaddy di Myanmar.

Kejadian itu menyebabkan puluhan individu cedera dengan sebahagian mengalami kecederaan parah, manakala seorang lelaki disahkan maut. - Getaran, 11 Jun 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Isu Kampung Sungai Baru: Kerajaan Jangan Tutup Mata – Khalid Samad

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pesawat Alami Gangguan Udara, 9 Rakyat Malaysia, Kru Pesawat Cedera - Wisma Putra

3

Singapura 2 tahun yang lalu

Penumpang Pesawat SIA Maut Dilanda Gelora Udara

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tragedi Elmina: 7 Waris Mangsa Layak Terima Pampasan PERKESO - Sivakumar

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Singapura 20 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad