web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pesawat Alami Gangguan Udara, 9 Rakyat Malaysia, Kru Pesawat Cedera - Wisma Putra

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 May 2024 2:29PM

Keadaan dalam pesawat Singapore Airlines selepas mengalami gangguan udara - Gambar REUTERS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA – Sembilan rakyat Malaysia termasuk seorang anak kapal cedera dalam kejadian melibatkan pesawat Singapore Airlines yang mengalami gangguan udara semalam. 

Susulan insiden, pesawat terbabit kemudiannya terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Bangkok.

Perkara itu disahkan Wisma Putra melalui Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok dalam kenyataan hari ini.

Wisma Putra turut mengesahkan 16 daripada 211 penumpang pesawat Singapore Airlines terdiri daripada warga Malaysia.

“Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok sedang giat menyelaras dengan pihak berkuasa tempatan serta hospital yang berkenaan dan sedang menghulurkan bantuan konsular kepada rakyat Malaysia yang terlibat,” katanya.

Jurucakap Wisma Putra berkata,  enam daripada sembilan rakyat Malaysia itu kini dirawat di Hospital Samitivej Srinakarin, manakala tiga lagi menerima rawatan di Hospital Samitivej Sukhumvit. 

Menurut kedua-dua hospital, kesemua  sembilan mangsa tersebut mengalami kecederaan fizikal dan dalaman.

Seorang daripada mangsa turut mengalami kecederaan kritikal tetapi dalam keadaan stabil. 

“Mereka berada di bawah pengawasan di wad secara berasingan, dan sedang menunggu laporan perubatan,” katanya.

Wisma Putra jelas beliau, mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dan berdoa agar semua mangsa lain segera sembuh dari kecederaan masing-masing.

Dalam insiden berkenaan, pesawat Singapore Airlines terbabit mengalami gelora angin ekstrem secara tiba-tiba kira-kira 10 jam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Heathrow.

Ia memaksa juruterbang mengisytiharkan kecemasan perubatan dan melencongkan pesawat Boeing 777-300ER itu ke Bangkok. - Getaran, 22 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

SIA Sahkan Tawar Pampasan Kepada Penumpang SQ321

2

Singapura 2 tahun yang lalu

Penumpang Pesawat SIA Maut Dilanda Gelora Udara

3

Jelajah 4 tahun yang lalu

Kini Boleh Terbang Ke Miri Dari Singapura!

4

Singapura 4 tahun yang lalu

SIA, Scoot Peroleh Permintaan Tinggi Penerbangan VTL Singapura-Kuala Lumpur

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 7 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar