web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dasar Berkaitan Pampasan Akibat Tanaman Dirosakkan Hidupan Liar Dirangka

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2023 4:38PM

Perbincangan turut menyentuh aktiviti pertanian di kawasan berdekatan habitat hidupan liar atau hutan simpan hingga menjadi punca tercetus konflik antara manusia dan haiwan. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kerajaan sedang merangka dasar baharu berkaitan pembayaran pampasan kepada pemilik tanaman yang mengalami kerugian akibat tanaman dirosakkan oleh hidupan liar, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad.

Nik Nazmi berkata pihaknya telah mengadakan perbincangan bagi merangka dasar itu serta mekanisme pelaksanaan dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan; Kementerian Perladangan dan Komoditi serta Kementerian Kewangan.

“Kalau untuk kematian atau kecederaan akibat hidupan liar memang ada sagu hati. Yang jadi isu sekarang ialah kerosakan kepada tanaman yang menimbulkan kemarahan pemilik tanaman hingga menyebabkan mereka ambil tindakan terhadap hidupan liar," katanya sambil menambah perkara itu akan dilihat secara menyeluruh.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Himpunan Bulanan dan Dialog Biodiversiti di sini hari ini, Nik Nazmi berkata perbincangan turut menyentuh mengenai aktiviti pertanian di kawasan berdekatan habitat hidupan liar atau hutan simpan hingga menjadi punca tercetus konflik antara manusia dan haiwan.

“Perbincangan secara menyeluruh penting kerana kita tidak mahu pampasan diberi kepada pihak tidak berkenaan contohnya mereka yang mengusahakan aktiviti pertanian berdekatan kawasan hutan simpan,” katanya.

Pada 2004, kerajaan telah meluluskan pelaksanaan Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas yang bertujuan meringankan tanggungan kos rawatan mangsa serangan binatang buas atau waris terdekat dengan kadar bayaran minimum RM200 atau maksimum RM20,000 sekiranya melibatkan kematian.

Terdahulu ketika sesi Dialog Biodiversiti itu, Nik Nazmi menyuarakan kebimbangan sekiranya kerajaan tidak bertindak secara proaktif terhadap konflik manusia dan hidupan liar.

"Konflik seumpama ini bukan sahaja mendatangkan kecederaan malah boleh meragut nyawa," katanya pada sesi dialog yang turut disertai Ketua Pengarah Perhilitan Datuk Abdul Kadir Abu Hashim dan Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Datuk Mohd Ridza Awang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pakistan-India Diharap Mampu Cari Penyelesaian, Wujudkan Semula Keamanan - PM

2

Politik 1 tahun yang lalu

‘Kemenangan Ini Amanah Besar, Wakili Suara Ramai’ - Afdlin Shauki

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Ambil Kira Aspek Teknikal, Saintifik Sebelum Bukit Dinding Jadi Geotapak - Nik Nazmi

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Isu Kampung Sungai Baru: Kerajaan Jangan Tutup Mata – Khalid Samad

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar