web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perkongsian Rangkaian Antara Telco Selesaikan Isu Capaian Internet, Talian Telefon

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2023 8:06PM

Fahmi Fadzil - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LANGKAWI - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) berharap model perkongsian rangkaian antara syarikat telekomunikasi (telco) dapat dibentuk pada awal bulan depan, bagi menyelesaikan isu-isu berkaitan capaian internet dan talian telefon di seluruh negara.

Menterinya Fahmi Fadzil berkata perbincangan pihaknya dengan syarikat telekomunikasi sedang dilakukan, termasuk berkaitan penggunaan menara telekomunikasi antara satu syarikat dengan syarikat yang lain.

“Saya telah maklumkan kepada SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia), isu melibatkan perkongsian rangkaian dan kerjasama antara syarikat telekomunikasi untuk menggunakan menara satu sama lain.

“Ini perlu kita rancakkan perbincangannya, supaya menjelang Jun nanti usaha kita untuk mengadakan perkongsian rangkaian dapat berjaya,” katanya ketika ditemui selepas Program Kita MADANI di Pulau Tuba dekat sini hari ini.

Beliau berkata Sarawak dipilih sebagai negeri permulaan untuk model kerjasama tersebut, di mana SKMM bersama syarikat telekomunikasi akan berbincang mengenai perkongsian rangkaian antara syarikat telekomunikasi, selain isu menara telekomunikasi tiada piring satelit di negeri itu.

Katanya, setelah model yang diguna pakai di Sarawak itu berjaya, model sama akan dilaksana di seluruh negara untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan capaian internet dan talian telefon khususnya di kawasan luar bandar.

Fahmi berkata SKMM juga akan menggunakan peruntukan undang-undang yang ada di bawah suruhanjaya itu, dalam memastikan perkongsian rangkaian antara syarikat telekomunikasi itu dapat dibentuk.

“Jadi SKMM akan mainkan peranan sebagai perantara dan sekiranya perlu, kita gunakan apa-apa peruntukan undang-undang yang ada. Saya lihat yang positifnya memang syarikat telekomunikasi bersedia untuk bekerjasama. Mungkin sebelum ini mereka memerlukan masa, tapi kini masanya telah tiba,” katanya.

Dalam pada itu, Fahmi berkata sebuah menara telekomunikasi yang baharu dijangka akan siap dibina menjelang hujung tahun ini di Pulau Tuba, yang sekali gus dapat menyelesaikan masalah capaian internet di sebahagian kawasan pulau tersebut.

Sementara itu, beliau berkata Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di seluruh negara akan diselaraskan semula dengan anjakan serta strategi baharu, bagi memastikan ia dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh komuniti setempat.

Fahmi berkata ini termasuk dengan melantik penasihat PEDi baharu yang akan berperanan menyelaras program bersesuaian, bersepadu serta memenuhi cita rasa dan keperluan masyarakat setempat.

“Kita mungkin boleh sediakan perkhidmatan lain di PEDi serta mengadakan program menepati keperluan setempat dan kumpulan tertentu. Sebagai contoh ada kawasan yang ramai warga emas atau golongan belia yang tiada kerja tetap, jadi kita kena lihat program yang sesuai,” katanya.

Terdahulu Fahmi yang disertai Ketua Setiausaha KKD Datuk Mohamad Fauzi Md Isa turut mengadakan lawatan ke PEDi Pulau Tuba. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kerajaan Bentuk Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Minggu Depan

3

Politik 2 bulan yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 7 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad