web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Serbu Makmal Proses Dadah, Suami Isteri Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2023 2:21PM

Mohd Yusri Hassan Basri berkata kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan suspek direman tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Sepasang suami isteri ditahan dalam serbuan ke atas sebuah rumah dipercayai menjadi makmal haram memproses dan membungkus dadah susulan penemuan bahan terlarang itu yang bernilai lebih RM210,122.80.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata pasangan masing-masing berusia 30 dan 38 tahun itu ditahan di sebuah rumah di kawasan Jelapang di sini pada  - Selasa malam.

"Bahan-bahan kimia dan peralatan yang dipercayai digunakan untuk memproses dan membungkus dadah dirampas dan turut menyita sebuah kenderaan dan seutas rantai leher dianggarkan berjumlah RM36,000," katanya pada sidang media kejayaan tangkapan dan rampasan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di Ibu Pejabat Kontinjen Perak di sini hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan suspek direman tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan.

Katanya, hasil saringan awal air kencing mendapat seorang daripada mereka positif dadah jenis Methamphetamine dan sindiket dipercayai bergiat aktif sejak Februari manakala dadah dirampas adalah untuk pasaran tempatan.

Sementara itu, Mohd Yusri berkata polis menahan dua lelaki dipercayai mengedar dadah di Kampung Sungai Rokam dan Taman Sri Rokam pada Isnin dan awal pagi Selasa.

Tangkapan pertama membabitkan seorang lelaki berusia 39 tahun di sebuah rumah di Kampung Sungai Rokam pada 12.15 tengah malam.

Katanya, hasil pemeriksaan menjumpai sejumlah paket dan ketulan mampat dadah jenis ganja dengan anggaran berat 7.4 kilogram (kg), anak benih disyaki pokok ganja dan cecair ganja sebanyak 90 mililiter (ml) yang dianggarkan bernilai RM25,547.

“Pihak polis turut menyita tiga kenderaan, lapan utas jam tangan, seutas rantai, dua bentuk gelang dan wang tunai berjumlah RM150,000 serta peralatan dipercayai digunakan untuk membungkus dadah. Suspek turut positif dadah jenis THC dan tindakan diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988.

"Anggaran nilai keseluruhan harta yang disita berjumlah RM699,182 manakala nilai kesuluruhan rampasan dadah bersama harta yang disita adalah RM724,729," katanya.

Penahanan kedua pula melibatkan lelaki berusia 52 tahun di sebuah rumah di Taman Sri Rokam di sini pada 1.15 pagi Selasa ditahan bersama ketulan mampat dipercayai dadah jenis ganja dengan anggaran berat 40 gram (gm) bernilai RM400.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula 16 Mei bagi membantu siasatan. Nilai keseluruhan dadah dirampas dianggarkan berjumlah RM25,947,”katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

2

Semasa 13 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

3

Video & Galeri 1 hari yang lalu

Polis Buru 2 Suspek Samun, Tendang Wanita Warga Emas 

4

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

oleh Sophia Ahmad