web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kebakaran Mid Valley: Siasatan Awal Dapati Berpunca Daripada Minyak Penyejuk Kabel

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2023 4:20PM

Minyak terbabit yang sukar terbakar kerana ia boleh tahan sehingga suhu mencecah 137 darjah Celsius, digunakan untuk menyejukkan kabel di dalam pencawang dan bukan untuk menjana kuasa elektrik. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Siasatan awal Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mendapati kebakaran di Mid Valley Megamall pagi tadi dipercayai berpunca daripada minyak penyejuk kabel di dalam pencawang utama Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang terlampau panas.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Kuala Lumpur M Fatta M Amin berkata minyak terbabit yang sukar untuk terbakar kerana ia boleh tahan sehingga suhu mencecah 137 darjah Celsius, digunakan untuk menyejukkan kabel di dalam pencawang dan bukan untuk menjana kuasa elektrik. 

“Tetapi, dipercayai terdapat haba yang berlebihan daripada pencawang itu yang sekali gus sampai ke tahap terbakar,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini hari ini.

Menurut beliau, terdapat empat pencawang utama TNB di bangunan Mid Valley namun hanya satu yang terbakar manakala tiga lagi tidak terjejas.

Katanya, kesemua pencawang itu mampu membekalkan elektrik dalam radius hingga 10 kilometer dari bangunan Mid Valley.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata siasatan awal polis mendapati tiada unsur khianat dikesan berhubung kejadian itu.

“Bagaimanapun, polis masih menunggu siasatan lanjut daripada forensik JBPM,” katanya yang turut berada di lokasi kejadian.

Amihizam berkata beliau difahamkan setakat ini bekalan elektrik hanya terjejas di bangunan Mid Valley.

“Bagi kawasan dalam radius 10 km dari sini, saya mendapat laporan bahawa pihak TNB telah pun mengambil langkah-langkah tertentu dan bekalan elektrik tidak terjejas,” katanya.

Terdahulu, tular beberapa video dalam media sosial yang menunjukkan kepulan asap hitam keluar daripada bangunan itu kira-kira pukul 10.30 pagi tadi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Khidmat Orang Asli Daripada Komuniti Setempat Dijangka Mula Esok

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Pasukan SAR Sedang Kumpul Anggota Tambahan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Rakaman Kamera Kesan Jaslinda Bergerak Menuju Kem Sukaneka

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: 8 Anggota Tambahan Sertai Operasi SAR Gunung Batu Putih - KP JBPM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 minit yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 17 minit yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek