web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bubar DUN: MB Dijangka Menghadap Sultan Selangor Pada Minggu Ketiga, Keempat Jun

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2023 6:04PM

Amirudin Shari - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, pada minggu ketiga atau keempat bulan depan bagi memohon perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Amirudin berkata permohonan itu akan dibuat sebelum DUN terbubar secara automatik pada 25 Jun ini.

“Sebab ini antara persefahaman kami Menteri-menteri besar iaitu pada minggu ketiga dan keempat bulan Jun,“ katanya kepada pemberita selepas majlis pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR), di sini, hari ini. 

Enam negeri yang akan melaksanakan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada tahun ini ialah Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Dalam pada itu, mengenai pembahagian kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di Selangor, beliau berkata tujuh daripada 56 kerusi masih dalam perbincangan untuk dimuktamadkan.

Terdahulu, Amirudin, mewakili Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), menerima pengiktirafan MBOR menerusi jualan ayam dan telur ayam bersubsidi terbesar semasa penganjuran Jualan Mega Ehsan Aidilfitri, bulan lalu.

Beliau berkata Jualan Mega Ehsan Aidilfitri adalah program jualan dengan kuantiti terbesar yang pernah PKPS anjurkan dan merupakan sebahagian daripada program Jelajah Ehsan Rakyat (JER).

Menteri Besar berkata sejak JER dilaksana bermula September tahun lalu hingga bulan ini, PKPS telah membelanjakan sebanyak RM37 juta dan memberi penjimatan sebanyak RM18 juta kepada lebih dua juta penduduk di negeri itu.

Amirudin berkata JER pada tahun lalu telah merekodkan jualan sebanyak 30,000 ekor ayam dan 10,712 papan telur ayam sepanjang dua hari program berlangsung dan akan diteruskan dengan kolaborasi bersama dengan Program Jualan Rahmah, seawal bulan depan dengan jangkaan tambahan jumlah produk makanan. 

JER dilaksanakan bertujuan untuk meringankan beban rakyat dalam mendepani kenaikan harga makanan dengan menawarkan jualan harga 30 peratus lebih rendah daripada harga pasaran semasa. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

PRN: Slogan Kita Selangor Tarik Pengundi Sokong PH - Amirudin

2

Politik 2 tahun yang lalu

PRN Selangor: Agihan Kerusi PH-BN Selesai

3

Politik 2 tahun yang lalu

Amirudin Seru Jentera PH Lupakan Perbedaan Dengan BN Demi Kemenangan PRN Selangor

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Jawatan Pengarah Dalam LLSB Untuk Lindungi Kepentingan Selangor – Amirudin

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 7 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad