web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRN Selangor: Agihan Kerusi PH-BN Selesai

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jul 2023 3:00PM

Pecahan pembahagian kerusi itu telah dipersetujui Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Agihan kerusi di antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) telah dimuktamadkan dengan BN diperuntukkan lebih 20 peratus daripada 56 kerusi dipertandingkan, kata Pengerusi PH Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Beliau yang juga Menteri Besar Selangor berkata pecahan pembahagian kerusi itu telah dipersetujui Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Dengan itu, kerusi selebihnya akan ditandingi calon PH dan ini diputuskan selepas mengambil kira faktor kerusi-kerusi yang disandang parti itu sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan.

“Faktor semasa keadaan politik, kekuatan terkini antara parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan selain kebolehcapaian untuk menggabungkan kekuatan kedua-dua parti juga menjadi antara faktor dalam menentukan pengagihan kerusi,” katanya ketika sesi temu bual eksklusif bersama Bernama.

Mengambil kira semua faktor terbabit, Amirudin berkata agihan tersebut adalah munasabah dan diterima baik kedua-dua parti.

Sebelum ini, BN dilaporkan menyasarkan untuk bertanding sekurang-kurangnya 14 kerusi dalam PRN, mengambil kira kedudukan PH yang memenangi 16 daripada 22 kerusi Parlimen di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) November tahun lepas.

Pada PRU 2018, BN menang empat kerusi DUN iaitu Sungai Air Tawar, Sungai Burong, Sungai Panjang dan Hulu Bernam sebelum merampas kerusi Semenyih daripada PH dalam pilihan raya kecil pada 2019.

Berhubung calon bakal ditampilkan PH, Amirudin berkata senarai tersebut masih diteliti dan perlukan beberapa lagi siri perbincangan di peringkat negeri sebelum calon dengan kriteria boleh menang dan berupaya mengekalkan momentum perkhidmatan wakil-wakil rakyat PH sepanjang mentadbir negeri dimuktamadkan.

Beliau memberi jamin selain mengekalkan penyandang kerusi, PH juga akan memperkenalkan beberapa calon muka baharu meliputi perwakilan wanita, pemuda, ahli politik serta golongan profesional.

“Sebagaimana yang sering saya sebut, kita akan cuba seimbangkan antara calon-calon yang telah lama menyumbang kepada kawasan atau lokaliti diwakili dan dalam masa sama turut memperkenalkan wajah-wajah baharu sebagai satu gabungan utuh untuk kesinambungan pentadbiran PH di Selangor,” katanya.

Selangor mempunyai 3,747,057 pengundi dan akan mengadakan PRN serentak dengan lima negeri iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan pada 12 Ogos depan.

Pada PRU-14, PH mendominasi Selangor dengan memenangi 51 kerusi, diikuti BN dan PAS masing-masing mendapat empat dan satu kerusi. 

Kedudukan kerusi sebelum DUN dibubarkan ialah PH mempunyai 40 kerusi (PKR-19, DAP-15, Amanah-enam), BN (lima), Bersatu (empat), Parti Bangsa Malaysia (PBM) (dua) manakala PAS, Pejuang dan Warisan masing-masing satu kerusi serta seorang wakil rakyat Bebas, manakala kerusi Batang Kali diisytiharkan kosong pada Februari lepas setelah wakil rakyatnya tidak hadir ke persidangan DUN melebihi enam bulan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kematian Pegawai Kanan Polis Tiada Unsur Jenayah - Shazeli

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Selangor Taja 75 Individu Tunai Ibadah Haji Tahun Ini

4

Gaya 6 bulan yang lalu

Magika Studios Tarikan Eko-Pelancongan Dan Edutainment Baharu Di Selangor

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar