web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRN: Slogan Kita Selangor Tarik Pengundi Sokong PH - Amirudin

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2023 3:26PM

Amirudin Shari

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM -- Pakatan Harapan (PH) akan menggunakan slogan ‘Kita Selangor’ sebagai tawaran kepada rakyat dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN), kata Pengerusi PH Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor berkata ‘Kita Selangor’ membawa mesej penting dan tersendiri kepada rakyat negeri itu dan digunakan secara meluas dalam program serta inisiatif yang dilaksanakan kerajaan sejak diperkenal semasa pandemik COVID-19 melanda negara.

Beliau berkata slogan yang membawa aspirasi rakyat Selangor yang sentiasa bersatu padu dalam apa jua keadaan itu akan ditambah dengan perkataan atau ayat tertentu bagi disesuaikan dengan semangat dalam berpilihan raya.

“Untuk PRN ini, PH akan mengekalkan semangat atau tagline (slogan) 'Kita Selangor' yang telah saya perkenalkan dan menjadi aspirasi kepada kerajaan dan rakyat negeri ini semasa berhadapan pandemik COVID-19 serta beberapa cabaran lain seperti kegawatan eknomi dan bencana banjir.

“Bagi PH, ‘Kita Selangor’ itu sudah sarat dengan pengalaman, rekod perkhidmatan dan ia adalah realiti yang diterima secara nyata oleh rakyat ketika ini,” katanya dalam temu bual bersama BERNAMA.

Slogan ‘Kita Selangor’ yang diperkenal sebagai inspirasi melawan COVID-19 dan kelembapan ekonomi pada 2021 mula digunakan secara rasmi dalam surat, urusan dan program rasmi kerajaan negeri bermula November tahun lepas.

DUN Selangor dibubarkan pada 23 Jun lalu bagi memberi laluan kepada PRN
DUN Selangor dibubarkan pada 23 Jun lalu bagi memberi laluan kepada PRN

Sejak itu, slogan tersebut terus digunakan dalam pelbagai acara, program dan inisiatif kerajaan seperti sambutan kemerdekaan peringkat negeri, pakej bantuan serta rangsangan ekonomi, jelajah kemasyarakatan selain turut diletakkan di belakang jersi ketiga pasukan bola sepak Selangor sebagai simbolik meraikan penyokong yang sentiasa berada di belakang pasukan Gergasi Merah itu.

Antara contoh program dan inisiatif yang digagaskan daripada slogan ‘Kita Selangor’ ialah ‘Kita Selangor Teguh Bersama’ sempena sambutan kemerdekaan, Pakej Kita Selangor 2.0 yang berkaitan ekonomi dan Jelajah Kita Selangor, iaitu program pimpinan kerajaan negeri turun bertemu masyarakat.

Mengulas penggunaan slogan ‘Selangor Baharu’ oleh Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi PRN,  Amirudin yang mengetuai kerajaan Selangor sejak Jun 2018 berkata slogan tersebut tidak lebih daripada sekadar propaganda politik.

Sambil mempersoalkan mengenai nilai dan motivasi di sebalik ‘Selangor Baharu’, beliau juga hairan mengapa sehingga kini tiada perincian mengenainya diberikan kepada rakyat sejak slogan itu diperkenalkan.

“Kita tidak pasti apa motivasi di sebalik ‘Selangor Baharu’ yang cuba dibawa pembangkang kerana sampai sekarang ia hanya sekadar slogan yang tidak ada perincian dan sebab itu saya percaya slogan tersebut tidak lebih sekadar propaganda politik,” katanya.

PRN akan diadakan serentak di enam negeri pada 12 Ogos depan
PRN akan diadakan serentak di enam negeri pada 12 Ogos depan

Pada Mei lepas, PN Selangor memperkenalkan praslogan ‘Selangor Baharu’ sebagai tawaran daripada gabungan PAS-Bersatu-Gerakan kepada rakyat di negeri ini bagi menghadapi PRN kali ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRN di Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan dijalankan serentak dengan 12 Ogos sebagai hari pengundian, manakala tarikh penamaan calon pada 29 Julai dan pengundian awal pada 8 Ogos.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor mempunyai 56 kerusi dan kedudukan kerusi sebelum DUN dibubarkan pada 23 Jun lepas ialah PH memiliki 40 kerusi (PKR-19, DAP-15, AMANAH-enam), BN (lima), Bersatu (empat), Parti Bangsa Malaysia (PBM) (dua) manakala PAS, PEJUANG dan WARISAN masing-masing satu kerusi serta seorang wakil rakyat Bebas.

Satu lagi kerusi iaitu DUN Batang Kali, diisytiharkan kosong setelah wakil rakyatnya tidak hadir ke persidangan DUN melebihi enam bulan. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kematian Pegawai Kanan Polis Tiada Unsur Jenayah - Shazeli

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Selangor Taja 75 Individu Tunai Ibadah Haji Tahun Ini

4

Gaya 6 bulan yang lalu

Magika Studios Tarikan Eko-Pelancongan Dan Edutainment Baharu Di Selangor

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad