web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jawatan Pengarah Dalam LLSB Untuk Lindungi Kepentingan Selangor – Amirudin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2023 9:50PM

Amirudin Shari membidas tindakan Perikatan Nasional membuat laporan polis terhadapnya berhubung dakwaan salah guna kuasa membabitkan projek mega oleh Landasan Lumayan Berjaya Sdn Bhd (LLSB) - Gambar Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menegaskan jawatan pengarah dalam sebuah syarikat yang dianugerahkan projek oleh kerajaan Selangor adalah untuk melindungi kepentingan negeri itu.

Beliau membidas tindakan Perikatan Nasional (PN) membuat laporan polis terhadapnya berhubung dakwaan salah guna kuasa membabitkan projek mega oleh Landasan Lumayan Berjaya Sdn Bhd (LLSB) yang dianugerahkan secara rundingan terus oleh kerajaan negeri berkenaan.

“Seperti yang pernah dinyatakan oleh syarikat LLSB sebelum ini, kehadiran saya dan (exco negeri) Izham Hashim dalam syarikat itu, bukan atas kepentingan peribadi.

“Sebaliknya, kami berada di sana mewakili kerajaan negeri bagi memastikan kepentingannya dilindungi,” kata Ahli Parlimen Gombak itu pada sidang media di bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Beliau berkata, laporan polis oleh PN terhadapnya adalah ibarat "peluru kapur" bertujuan untuk menimbulkan keraguan terhadap kepimpinannya.

Awal hari ini, Ketua Penerangan PN Selangor, Mohd Shukor Mustaffa membuat laporan polis terhadap Amirudin, Izham, dan beberapa individu lain.

Ini berikutan dakwaan Setiausaha Agung Parti Hijau, Abdul Razak Ismail semalam bahawa kedua-dua mereka, bersama hartawan Tan Sri Vincent Tan, adalah pengarah LLSB, yang didakwa dianugerahkan projek Gerbang Maritim Selangor, yang dikatakan menelan belanja RM700 juta .

Projek itu, kata Abdul Razak membabitkan pembersihan sungai dan pembangunan Sungai Klang sepanjang 56 kilometer dari  Mid Valley City di Kuala Lumpur ke Pelabuhan Klang.

Pengarah Urusan LLSB, Syaiful Azmen Nordin dalam satu kenyataan bagaimanapun dilaporkan mendakwa kos RM700 juta itu adalah anggaran bagi projek pendalaman serta pelebaran Sungai Klang bertujuan meningkatkan kapasiti sungai untuk menangani isu pencemaran dan banjir, selain tidak membabitkan suntikan tunai daripada kerajaan Selangor.

Beliau berkata, kos itu akan dibiayai melalui tanggungan premium tanah yang bakal dibangunkan berjumlah RM117 juta, tanggungan hutang RM54 juta dan selebihnya melalui penerokaan pembiayaan oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI Selangor).

Katanya, kertas cadangan mengenai pendalaman serta pelebaran sungai berkenaan dibawa syarikat itu kepada kerajaan negeri selepas kejadian banjir besar pada 2021. – The Vibes, 1 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Lagi Kes Tikam Pelajar: ‘Anak Saya Ditikam 14 Hingga 16 Kali’ - Bapa Mangsa

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

4

Semasa 1 bulan yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

oleh Sophia Ahmad