web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Projek Sungai: Polis Sahkan Terima Laporan Dakwaan Pembabitan MB Selangor

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2023 6:53PM

Polis mengesahkan menerima laporan berhubung dakwaan pembabitan Amirudin Shari dengan sebuah syarikat yang didakwa menerima projek bernilai RM700 juta secara rundingan terus daripada kerajaan negeri - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan menerima laporan berhubung dakwaan pembabitan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dengan sebuah syarikat yang didakwa menerima projek bernilai RM700 juta secara rundingan terus daripada kerajaan negeri.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP A. A Anbalagan berkata laporan polis itu dibuat di Balai Polis Kinrara pada 2 petang tadi.

“Ya saya sahkan kita ada menerima laporan polis berkaitan perkara berkenaan sebentar tadi,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Laporan polis itu dibuat oleh Ketua Penerangan Perikatan Nasional Selangor, Mohd Shukor Mustaffa, katanya.

Semalam sebuah portal berita melaporkan Amirudin dan Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor Ir Izham Hashim didakwa mempunyai kepentingan dalam syarikat Landasan Lumayan Berjaya Sdn Bhd (LLSB) yang dianugerahkan projek pembersihan sungai dan pembangunan Sungai Klang sepanjang 56 kilometer, dari Mid Valley City di Kuala Lumpur ke Pelabuhan Klang, yang dikatakan menelan belanja RM700 juta.

Sementara itu, Pengarah Urusan LLSB Syaiful Azmen Nordin dalam kenyataan berkata syarikat itu merupakan sebuah anak syarikat milikan penuh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) dan telah dilantik oleh kerajaan negeri bagi merancang dan mengurus pelaksanaan projek berkenaan.

“Kedudukan Amirudin dan Izham adalah mewakili kepentingan kerajaan negeri agar projek ini dapat dilaksanakan secara telus, teratur dan menepati matlamat kerajaan negeri,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Selangor Sambut Baik Cadangan Lokasi Hospital Awam PJ - Amirudin

2

Semasa 1 tahun yang lalu

RM40 Juta Untuk Baik Pulih Kediaman Terjejas Di Putra Heights - MB Selangor

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Kebakaran Saluran Gas: Kerugian Dianggarkan RM65.4 Juta - Amirudin

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kebakaran Saluran Gas Dipadam Sepenuhnya, 305 Mangsa Diselamatkan - Amirudin

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

oleh Wartawan Getaran