web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kebakaran Saluran Gas Dipadam Sepenuhnya, 305 Mangsa Diselamatkan - Amirudin

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2025 9:04PM

Amirudin Shari (dua, kiri) mendengar taklimat disampaikan ketika meninjau lokasi kebakaran saluran gas - Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kebakaran di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor berjaya dipadam sepenuhnya jam 3.45 petang tadi, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Amirudin menerusi catatan di Facebook berkata 305 mangsa insiden kebakaran itu berjaya diselamatkan setakat 5 petang hari ini.

Beliau berkata mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) dan Pusat Perubatan Hospital Subang Jaya, Sunway Medical Centre, Hospital Serdang serta Hospital Putrajaya.

"Keutamaan pada masa sekarang adalah keselamatan penduduk. Dua kawasan perumahan terbabit seluas radius 290 meter akan ditutup dan dikategorikan sebagai kawasan larangan sehingga ia dipastikan selamat sebelum penduduk dibenarkan kembali ke rumah mereka," katanya menerusi hantaran itu.

Amirudin berkata Kerajaan Selangor akan bekerjasama erat dengan Kerajaan Persekutuan dalam mengendalikan isu berkenaan demi kesejahteraan para penduduk.

Terdahulu, Amirudin tiba di Pos Kawalan Tempat Kejadian pada 4.20 petang dan bertemu Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan serta Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Nor Hisham Mohammad.

Setakat 3.40 petang tadi, 190 unit rumah, 148 kereta serta 11 motosikal dilaporkan rosak dalam kejadian kebakaran itu.

Tiada kematian dilaporkan setakat ini dan punca kebakaran masih dalam siasatan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Selangor Sambut Baik Cadangan Lokasi Hospital Awam PJ - Amirudin

2

Semasa 1 tahun yang lalu

RM40 Juta Untuk Baik Pulih Kediaman Terjejas Di Putra Heights - MB Selangor

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Kebakaran Saluran Gas: Kerugian Dianggarkan RM65.4 Juta - Amirudin

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK KKB: Signal Keyakinan Rakyat Terhadap Kerajaan Perpaduan Semakin Utuh - Amirudin 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar