web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRK KKB: Signal Keyakinan Rakyat Terhadap Kerajaan Perpaduan Semakin Utuh - Amirudin 

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2024 11:15PM

Amirudin Shari - Gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HULU SELANGOR - Kejayaan Pakatan Harapan (PH) meneruskan penguasaan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bahru dilihat sebagai satu signal yang mengesahkan bahawa keyakinan rakyat terhadap pentadbiran Kerajaan Perpaduan semakin utuh.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kemenangan PH dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) itu sangat bermakna memandangkan terdapat peningkatan dalam undi majoriti berbanding Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun lalu.

Menurut beliau, berlaku peningkatan sokongan daripada pengundi Melayu dan penjawat awam terhadap Kerajaan Perpaduan.

“Majoriti peratusan undi PH meningkat tiga peratus berbanding semasa PRN. Kita mendapat peningkatan sokongan daripada peti undi Pertak, Perling dan Sungai Air Jernih.

“Ketiga peti undi ini merupakan kawasan majoriti Melayu Islam dan saya lihat kemenangan PH sebagai satu signal pungutan suara rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan di Selangor dan di pusat,” katanya pada sidang media khas susulan kemenangan PH malam ini.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata,  kemenangan PH itu menepis segala dakwaan pembangkang kononnya  PH akan kalah kerana tidak lagi mendapat sokongan rakyat.

“Kita dapat sokongan ampuh dari pelbagai kaum termasuk Orang Asli yang memberi undi sangat signifikan,” katanya.

Beliau berkata, hasil kerja keras jentera dengan kerjasama rakan gabungan seperti UMNO dan Barisan Nasional (BN) nyata membuahkan hasil.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi pengumuman rasmi memaklumkan kemenangan PH dengan majoriti 3,869 undi dalam pertandingan empat penjuru pada PRK kali ini. 

Calon PH, Pang Sock Tao memperoleh 14,000 undi, menewaskan pencabar terdekat daripada Perikatan Nasional (PN),  Khairul Azhari Saud yang memungut 10,131 undi.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus PRK DUN Kuala Kubu Bharu, Yuhanas Auree Kamaruddin di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.

SPR merekodkan jumlah keluar mengundi sebanyak 61.51 peratus daripada 40,226 pengundi berdaftar. - Getaran, 11 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Selangor Sambut Baik Cadangan Lokasi Hospital Awam PJ - Amirudin

2

Semasa 1 tahun yang lalu

RM40 Juta Untuk Baik Pulih Kediaman Terjejas Di Putra Heights - MB Selangor

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Kebakaran Saluran Gas: Kerugian Dianggarkan RM65.4 Juta - Amirudin

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kebakaran Saluran Gas Dipadam Sepenuhnya, 305 Mangsa Diselamatkan - Amirudin

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar