web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


69 Balai Bomba Usia Lebih 50 Tahun Perlu Dinaik Taraf - Kor Ming

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2023 8:36PM

Nga Kor Ming berkata, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memastikan cadangan menaik taraf balai berkenaan dapat dilaksanakan secara berperingkat mengikut keutamaan dan keupayaan kewangan semasa kerajaan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Sebanyak 69 balai bomba dan penyelamat di seluruh negara berusia melebihi 50 tahun perlu dinaik taraf, kata Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 11 balai masing-masing di Perak dan Johor, Selangor (10) dan Kedah (lapan), Pahang (tujuh), Pulau Pinang (tujuh), Sarawak (enam), Negeri Sembilan (lima), Terengganu (tiga) dan Melaka (satu).

Katanya, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memastikan cadangan menaik taraf balai berkenaan dapat dilaksanakan secara berperingkat mengikut keutamaan dan keupayaan kewangan semasa kerajaan.

"Daripada senarai itu, 15 balai bomba selesai dinaik taraf, dua balai sedang dalam kerja naik taraf dan sebuah balai dimasukkan dalam permohonan untuk dinaik taraf dalam Rolling Plan Ke-4 (RP4) Tahun 2024.

"Selain itu, Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Sarawak telah dibuat penggantian bangunan baharu,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Balai Bomba dan Penyelamat Seremban di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook dan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Abdul Wahab Mat Yasin.

Balai Bomba dan Penyelamat Seremban berusia 63 tahun kembali beroperasi pada 21 Feb lepas setelah projek naik tarafnya diluluskan kerajaan pada 2020 dengan kos sebanyak RM6.12 juta.

Katanya setakat ini, sebanyak 20 balai bomba dan penyelamat terdapat di negeri ini dan sebuah lagi akan dibina pada tahun ini iaitu di Palong 6, di Jempol.

"Bagi menaik taraf dan menyelenggara semua balai bomba di negeri ini, peruntukan tambahan RM3 juta diluluskan, kerja-kerja akan dijalankan pada tahun ini," katanya.

Nga hari ini turut mengadakan sesi lawatan ke Pasar Besar Seremban, Padang Lobak, Rumah Pangsa Jalan Tun Dr Ismail, Pasar Ampangan serta Kampung Baru Cina Mambau bagi meninjau kemudahan asas dan keperluan berkaitan bagi setiap lokasi berkenaan.

Beliau berkata sebanyak 38 projek bernilai RM13 juta diluluskan di negeri ini antaranya menaik taraf dan penyelenggaraan balai-balai bomba; penyelenggaraan bangunan Pasar Besar Seremban, naik taraf Dataran Lobak dan kerja-kerja berkaitan.

"(Turut terlibat) penyelenggaraan Rumah Pangsa Tun Dr Ismail, penyelenggaraan Pasar Rasah Jaya, penyelenggaraan Bazaar Jalan Lee Sam dan penyelenggaraan Pangsapuri Taman Bahau Indah," katanya.

Nga berkata peruntukan itu bagi menyediakan kemudahan yang selesa kepada masyarakat setempat serta merancakkan lagi ekonomi dalam usaha menjayakan Matlamat Pembangunan Mampan 2030. 

Dalam perkembangan lain, berhubung isu seorang Ahli Parlimen disyaki terlibat kecurian air daripada pili bomba, Nga berkata mana-mana individu yang mahu mengambil air daripada pili bomba perlu mendapat kebenaran secara bertulis.

"Hal ini sangat penting, apabila berlaku kebakaran, bomba akan mengalami kesukaran tekanan air, isi padu tidak mencukupi, akhirnya rakyat jadi mangsa.

"Pada tahun lepas, kehilangan wang akibat daripada kebakaran melibatkan kerugian RM1.3 bilion. Perkara ini cukup serius," katanya.

Nga turut menyeru pihak terlibat supaya membuat permohonan maaf kepada bomba sekiranya perkara itu benar berlaku.

"Saya difahamkan, mengikut laporan media, Ahli Parlimen tersebut mengambil air itu dengan kebenaran bomba. Tetapi dalam siasatan pihak bomba negeri mengesahkan tiada sebarang kebenaran," katanya 

Media semalam melaporkan Ahli Parlimen Rantau Panjang Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff menafikan dakwaan beliau mencuri air daripada pili bomba sebagaimana tular sejak Sabtu. Siti Zailah melalui kenyataan di Facebooknya berkata bekalan itu merupakan saliran daripada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dan sudah mendapat kebenaran syarikat terbabit. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Khidmat Orang Asli Daripada Komuniti Setempat Dijangka Mula Esok

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Pasukan SAR Sedang Kumpul Anggota Tambahan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Rakaman Kamera Kesan Jaslinda Bergerak Menuju Kem Sukaneka

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: 8 Anggota Tambahan Sertai Operasi SAR Gunung Batu Putih - KP JBPM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 6 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad