Berita Terkini

2 jam yang lalu: Warga emas wanita maut disyaki dipukul anak perempuan 2 jam yang lalu: Pelaksanaan Fasa 1 JENDELA berjaya, lepasi sasaran ditetapkan - MCMC 2 jam yang lalu: 3 maut dalam kemalangan babitkan 2 kenderaan di Tangkak 2 jam yang lalu: Piala Remaja Asia: Malaysia tamatkan cabaran di kedudukan keempat 2 jam yang lalu: Panasonic tawar MSS susulan penutupan 2 jabatan pembuatan

IKUTI KAMI


Anwar Mahu Pemasangan Papan Iklan Papar Wajahnya, Malaysia MADANI Dihentikan

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2023 5:06PM

Anwar Ibrahim berkata pemasangan papan iklan itu tidak mendapat persetujuan serta kelulusannya, dan beliau mahukan supaya peruntukan bagi pemasangan papan iklan berkenaan dimanfaatkan kepada tujuan lain demi kepentingan rakyat - Gambar FailGambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pemasangan papan iklan (billboard) baharu yang memaparkan wajah dirinya dan Malaysia MADANI yang menggunakan peruntukan kerajaan dihentikan serta-merta.

Beliau berkata pemasangan papan iklan itu tidak mendapat persetujuan serta kelulusannya, dan beliau mahukan supaya peruntukan bagi pemasangan papan iklan berkenaan dimanfaatkan kepada tujuan lain demi kepentingan rakyat.

Bagaimanapun katanya bagi papan-papan iklan yang telah siap dan dipasang, termasuk di tepi-tepi jalan, ia boleh dikekalkan.

"Saya datang dalam perjalanan ke Alor Setar, dan semalam beritahu tentang billboard Anwar dan MADANI itu di seluruh negara, ini tidak mendapat persetujuan dan kelulusan saya.

"Saya sudah beritahu tidak payah belanja ini, dijawab oleh jabatan yang berkenaan bahawa peruntukan ini peruntukan lama dan oleh kerana pertukaran Perdana Menteri dan kerajaan (maka) ia dipindahkan," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI di sini hari ini.

Anwar berkata beliau faham mengenai perkara itu, namun berpandangan peruntukan itu boleh digunakan untuk tujuan lain, dan beliau mahukan supaya semua pengeluaran papan iklan baharu bagi tujuan itu dihentikan bagi mengelak pembaziran.

Jelasnya perkara itu tidak boleh diteruskan bagi menunjukkan pendirian sebenar Kerajaan MADANI, dan beliau meminta supaya ia dihormati.

"Pegawai yang terlibat itu mungkin merasakan ini hanya meneruskan dasar yang sedia ada, jadi saya tak salahkan, kebetulan saya tidak dimaklumkan dan saya tidak boleh memberi keputusan (ketika itu).

"Oleh kerana saya sudah dimaklumkan, saya tidak mahu dana kerajaan digunakan untuk buat billboard besar-besar, cukuplah yang ada tetapi tidak boleh diteruskan," katanya.

Sementara itu dalam sesi temu bual secara langsung bersama Bernama TV di majlis sama, Perdana Menteri berkata Kedah mempunyai potensi untuk berkembang bersama negeri-negeri lain jika dapat diuruskan dengan baik.

"Kedah ini dikenali sebagai Jelapang Padi dan kita ada Kulim Hi-Tech Park, pelaburan baru, (kemudian) usaha kita untuk membina pelabuhan di Sanglang itu akan diteruskan, dan juga tentang Kedah serta Perlis untuk bina pelabuhan selain lintasan pelabuhan darat yang sedang direncanakan.

"Ia akan mengangkat kedudukan Kedah, Perlis bersama Pulau Pinang dan Perak tentunya sebagai negeri yang lebih maju dan potensinya besar, tetapi ia harus diurus dengan baik serta ada kerjasama yang rapat dan mantap antara (kerajaan) negeri dan Persekutuan," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Ada Kumpulan Cuba Salah Guna Gambar Saya Lawat Gereja Di Kajang – PM

2

Semasa 1 hari yang lalu

Sam Rainsy Sudah Tinggalkan Malaysia – Wisma Putra

3

Semasa 1 hari yang lalu

Anwar Umum Peruntukan RM3 Juta Atasi Masalah Air Di UMS

4

Semasa 1 hari yang lalu

Peruntukan Tinggi Untuk Sabah Dan Sarawak Berdasarkan Keperluan - PM

Sorotan

1

Isu kontrak CEO FINAS Ditamatkan Lebih Awal Bukanlah Suatu Kes Unik - Kamil Othman Ulas

2

FINAS: Penamatan Khidmat Dr Md Nasir Keputusan Lembaga Pengarah - Fahmi

3

Lelaki Didakwa Bunuh Teman Wanita Hamil

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kontrak CEO FINAS Tamat Hari Ini, ‘Ia Sebagai Langkah Penstrukturan Semula…’

oleh Susan Albert

Semasa 13 jam yang lalu

Tular Pekerja Penghantaran ‘Koyak’ Parcel, Syarikat Kurier Mohon Maaf, Akan Siasat

oleh Farhana Farush

Politik 1 hari yang lalu

Tanding PRN Pulau Pinang? Ini Respons Nurul Izzah

oleh Susan Albert

Semasa 15 jam yang lalu

Yayasan Perlu Tingkat Keupayaan Dana Melalui Pelaburan, Perniagaan - PM