web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiket Kelas Ekonomi KL-Tawau Cecah RM3,138 Tidak Tepat – Anthony Loke

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2023 6:02PM

Anthony Loke berkata, dakwaan dibuat mantan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong itu tidak tepat, termasuk dari segi harga dan kelas tempat duduk - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menafikan dakwaan bahawa harga tiket kelas ekonomi untuk penerbangan Kuala Lumpur ke Tawau menjelang Aidilfitri pada 20 April ini, mencecah hingga RM3,138.

Beliau berkata, dakwaan dibuat mantan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong itu tidak tepat, termasuk dari segi harga dan kelas tempat duduk.

“Saya telah menghubungi Group CEO (Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan) Malaysia Airlines (MAB), Kapten Izham dan mengesahkan, semua tiket kelas ekonomi untuk penerbangan KL-Tawau pada hari tersebut sudah habis dijual dan tiket yang tinggal hanyalah kelas perniagaan (Business Class).

“Beliau juga mengesahkan harga tiket tersebut bukan untuk kelas ekonomi, tetapi ialah kelas perniagaan dan harga tiket tersebut ialah RM2,863.40 dan bukannya RM3,138,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Anthony turut menyertakan tangkapan skrin laman tempahan tiket secara online bagi syarikat penerbangan MAB.

Menerusi perkongsian itu, dipaparkan harga tiket untuk tempat duduk kelas perniagaan adalah RM2,863.40 bagi jam 9.05 pagi, 20 April ini.

Justeru, Anthony berkata, kesilapan fakta dinyatakan Ka Siong perlu diperbetulkan.

“Sebagai mantan Menteri Pengangkutan, saya yakin YB Wee (Ka Siong) faham perbezaan antara tiket Kelas Perniagaan dan Kelas Ekonomi.

“Namun begitu, saya mengucapkan terima kasih kepada beliau di atas keprihatinan terhadap isu tiket penerbangan yang tinggi dan pandangan mengenai tambahan kapasiti,” katanya.

Menurutnya, beliau akan mengadakan sidang media khas pada jam 12 tengah hari esok di Kementerian Pengangkutan untuk memberikan fakta tambahan, berhubung kapasiti penerbangan untuk musim Aidilfitri tahun ini.

“Rakan-rakan media dijemput hadir untuk mendapatkan penerangan ini,” katanya.

Terdahulu, Getaran melaporkan, Ka Siong menerusi Twitter mendakwa, tiket penerbangan sehala untuk kelas ekonomi dari Kuala Lumpur ke Tawau, Sabah menjelang Aidilfitri, iaitu pada 20 April menjangkau RM3,138.

Katanya, harga dikenakan itu amat mengejutkan dan mengecewakan orang ramai, khususnya pengguna pengangkutan awam.

“Tahun lalu ketika pintu sempadan baru saja dibuka pada 1 April, tambang ketika itu melebihi RM1,000 kerana tak banyak pesawat boleh beroperasi. Mereka (syarikat) perlu melalui proses MRO (penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih) untuk tiga bulan sebelum dibenarkan beroperasi demi keselamatan.

“Pada masa itu, saya selaku Menteri Pengangkutan serta kerajaan, dikritik teruk. Saya berdepan situasi tersebut dengan sebaik mungkin. Sekarang, bukan lagi isu sekatan pergerakan akibat COVID-19 atau MRO, tapi harga tambang dari Kuala Lumpur ke Tawau bernilai RM3,138 seorang,” katanya.

Harga tiket itu, kata Ka Siong, mencetuskan persoalan bagaimana keluarga kurang berkemampuan, B40 dan M40, khususnya warga Tawau di perantauan dapat membelinya untuk pulang beraya pada tahun ini.

Jelasnya, kini bukan waktu situasi COVID-19 membimbangkan, selain menyaksikan sektor penerbangan beransur pulih dan kebanyakan pesawat tidak lagi didaratkan di lapangan, seperti ketika pandemik.

Syarikat penerbangan, katanya, tiada alasan untuk tidak menambah frekuensi, selagi ada kemampuan dan tiada lagi sekatan ‘passenger load’ (had penumpang) sebanyak 50 peratus, seperti sewaktu COVID-19 yang memberi justifikasi harga tambang penerbangan melonjak tinggi.

“Tambahan pula, frekuensi penerbangan tidak lagi dikawal State Disaster Management Committee oleh Sabah atau Sarawak, MYAIRLINE sudah beroperasi pada 1 Disember tahun lalu, malah MAVCOM pun sudah meluluskan banyak penerbangan seperti zaman pra COVID-19. – Getaran, 16 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

24 Nyawa Melayang 5 Bulan Pertama, Kemalangan Akibat Pemandu Mabuk, Positif Dadah 

2

Politik 3 minggu yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

3

Politik 1 bulan yang lalu

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

LRT Tergelincir: Tindakan Tegas Perlu Diambil - Loke

Sorotan

1

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

2

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

3

Ibu Hamil Dituduh Mencuri: Lotus’s Mohon Maaf, Pekerja Dikenakan Tindakan Disiplin

4

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

5

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

6

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Ibu Hamil Dituduh Mencuri: Lotus’s Mohon Maaf, Pekerja Dikenakan Tindakan Disiplin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serangan Terhadap Joe Zakaria Cetus Kebimbangan, Tahap Keselamatan Pengkritik Bola Sepak Jadi Persoalan 

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

Penyertaan Semula Dalam UMNO Jadi Sebutan, KJ Bakal Bertanding Untuk PRN?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Bertembung Babi Hutan, Wanita Maut, Suami Cedera 

oleh Sophia Ahmad