web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MOT Seboleh-Bolehnya Tidak Mahu Campur Tangan Isu Kadar Tambang Lantai E-Hailing

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2023 6:36PM

Anthony Loke berkata pihaknya maklum mengenai gesaan persatuan pemandu e-hailing (EHO) - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MoT) seboleh-bolehnya tidak mahu campur tangan berhubung harga lantai tambang e-hailing, sebaliknya mahu ia ditentukan oleh kuasa pasaran, kata Menterinya Anthony Loke.

Loke berkata pihaknya maklum mengenai gesaan persatuan pemandu e-hailing (EHO) yang mahu kerajaan campur tangan berhubung isu tambang itu termasuk penyeragaman kadar tambang antara bandar.

“Kita faham permintaan mereka supaya kerajaan menetapkan harga lantai untuk e-hailing. Setakat ini, cadangan itu masih dalam peringkat perbincangan dan belum ada apa-apa keputusan,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pasukan Petugas Logistik Kebangsaan (NLTF) Bil 1/2023, di sini hari ini.

Loke berkata MOT juga memahami harapan pemandu mengenai perkara berkenaan memandangkan pemandu tidak boleh memandu dengan kerugian selain terdapat kos operasi yang perlu ditanggung.

“Tetapi kita perlu faham bahawa kalau ada harga lantai ditetapkan, harga tambang kepada pengguna mungkin akan lebih meningkat jadi ia merupakan pertimbangan yang perlu diambil kira. Jadi kita biarkan pasaran untuk tentukan harga dan ada harga dinamik antara EHO, pemandu dan penumpang," katanya.

Media sebelum ini melaporkan EHO menggesa kerajaan melaksanakan kadar tambang lantai terhadap perkhidmatan pengangkutan itu bagi melindungi kebajikan pemandu.

Dilaporkan pemandu e-hailing kian terdesak kerana kadar tambang semakin tidak menentu ekoran persaingan dari beberapa pengusaha perkhidmatan itu dan biarpun persaingan harga menguntungkan pengguna, ia sebaliknya membebankan pemandu e-hailing yang perlu menanggung kos minyak, tol, penyelenggaraan dan sebagainya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

24 Nyawa Melayang 5 Bulan Pertama, Kemalangan Akibat Pemandu Mabuk, Positif Dadah 

2

Politik 1 bulan yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

3

Politik 1 bulan yang lalu

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

LRT Tergelincir: Tindakan Tegas Perlu Diambil - Loke

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad