web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wartawan Masih Barisan Hadapan Pelapor Maklumat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Apr 2023 9:48AM

Kelab-kelab media melihat tugas wartawan kini berdepan satu lagi cabaran dengan kewujudan citizen journalist atau wartawan warga yang menyebarkan maklumat mengenai sesuatu kejadian di media-media sosial untuk tatapan umum tanpa asas kewartawanan - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kepentingan wartawan profesional dan media arus perdana sebagai mata dan telinga rakyat tidak boleh disangkal terutama dalam era digital apabila sesiapa pun boleh menjadi penyampai maklumat dengan hanya berbekalkan telefon pintar.

Bersempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 yang bakal disambut bulan depan, kelab-kelab media melihat tugas wartawan kini berdepan satu lagi cabaran dengan kewujudan citizen journalist atau wartawan warga yang menyebarkan maklumat mengenai sesuatu kejadian di media-media sosial untuk tatapan umum tanpa asas kewartawanan.

Presiden Kelab Media Kuala Lumpur & Selangor (KamiKLS) Wan Syamsul Amly Wan Seadey berkata  kepesatan teknologi digital membolehkan maklumat dikongsi dan disiar sesiapa sahaja sekali gus memungkinkan berita palsu dan fitnah disebar luas sehingga mampu menggugat keharmonian masyarakat  terutamanya yang menyentuh isu kaum dan keselamatan.

“Sebahagian (yang disebar) adalah berita palsu dan fitnah yang memerlukan wartawan untuk membuat pengesahan bagi menghilangkan keresahan masyarakat,” katanya kepada Bernama.

Senada dengan Wan Syamsul Amly, Presiden Kelab Media Putrajaya (KMP) Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin berkata sesuatu maklumat atau laporan berita tidak sahih yang sering ditularkan di platform atau aplikasi media sosial menuntut pengamal media menjadi ‘ejen penangkis berita palsu’.

“Justeru, apa yang membezakan pengamal media dengan ‘wartawan jadian’ adalah etika kewartawanan iaitu melaporkan fakta benar, tepat dan saksama dalam usaha pembinaan negara bangsa, tidak mencetuskan prasangka buruk mahupun tuduhan tidak berasas serta berpegang teguh kepada undang-undang sepanjang menjalankan tugas,” katanya.

Presiden Kelab Media Elite Kedah (KMEK) Adie Suri Zulkeflli berkata organisasi media berfungsi menjadi platform yang mengetengahkan suara rakyat secara objektif, selari dengan peranan sebagai the fourth estate atau darjat wartawan selepas legislatif, eksekutif dan kehakiman.

"Pengamal media juga perlu sentiasa proaktif menghasilkan bahan berita yang menyemai budaya pemikiran kritis dalam kalangan masyarakat supaya setiap isu yang diketengahkan dibincang serta dibahas demi kepentingan rakyat dan negara,” katanya.

Meskipun kekal dengan status quo sebagai barisan hadapan pelapor maklumat, Presiden Kelab Media Johor (KMJ) Mohamad Fauzi Ishak mengakui wartawan dan organisasi media sedia ada di negara ini telah mengubah corak pemberitaan kepada kaedah Kewartawanan Peranti (MoJo) bagi menarik perhatian masyarakat yang mendambakan maklumat dalam masa nyata.

"Kemunculan media sosial telah mengubah corak keperluan pembaca bagi mendapatkan sesuatu maklumat dan hal ini memberikan cabaran kepada profesion kewartawanan dalam bersaing bagi tujuan ini,“ katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Kelab Wartawan Media Terengganu (Kawat) Mohd Ishak Abdillah Ngah berkata HAWANA 2023 yang akan diadakan di Ipoh, Perak pada 27 hingga 29 Mei depan perlu membincangkan secara mendalam cabaran semasa dihadapi wartawan dan media demi masa depan bidang kewartawanan.

Beliau berkata ini kerana pengamal media juga adalah golongan yang terkesan dengan keadaan ekonomi pada masa ini ekoran peningkatan kos sara hidup dan kenaikan harga barang.

HAWANA diadakan sebagai satu bentuk pengiktirafan dan penghargaan tertinggi kepada pengamal media di Malaysia. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Usaha Malaysia Lesenkan Platform Media Sosial Tarik Perhatian Banyak Negara - Fahmi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Meta, Jangan Jadi Bacul!’ - Anwar

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Fahmi Nafi Arah Agensi Media Tutup Ruangan Komen

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Insiden Polis Tembak Di Durian Tunggal: AGC Arah Inkues Kematian 3 Lelaki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Network School: Imigresen Jejak 18 Warga Asing, ‘Hilang’ Daripada Rekod Rasmi 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan, Operasi Ditamatkan Esok

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad