web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Fahmi Nafi Arah Agensi Media Tutup Ruangan Komen

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2024 12:50PM

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menegaskan agensi media berhak mengenakan sekatan dengan kaedah yang dirasakan perlu. – Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menegaskan beliau tidak pernah mengarahkan mana-mana agensi media termasuk Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), menutup ruangan komen di akaun media sosial organisasi itu.

Beliau berkata agensi media berhak mengenakan sekatan dengan kaedah yang dirasakan perlu, termasuk menutup ruangan komen mengambil kira keputusan Mahkamah Persekutuan berkenaan komen pembaca yang dimuat naik dalam ruangan laman portal media.

"Sukacita saya ingatkan Dewan yang mulia ini tentang keputusan yang pernah dibuat di Mahkamah Persekutuan sekitar 2021, berkenaan komen pembaca yang dimuat naik dalam ruangan laman portal media.

"Ini keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa platform tersebut bertanggungjawab atas komen-komen yang dimuat naik, saya sarankan kita berhati-hati dengan komen yang dimuat naik," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas), mengenai ruangan komen akaun media sosial agensi media seperti Bernama yang ditutup dan kaedah mengimbangi hak kebebasan bersuara dan sekatan berkaitan undang-undang yang perlu dikenakan terhadap buli siber.

Sementara itu menjawab soalan tambahan R. Yuneswaran (PH-Segamat) mengenai langkah diambil kementerian bagi memastikan kawalan kandungan media sosial yang lebih efektif dan dalam pelbagai bahasa, Fahmi berkata beliau telah mengadakan perbincangan antaranya dengan TikTok.

"Semestinya setiap media platform ada moderation team masing-masing, dari segi pemantauan oleh MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia), ia antara lain bergantung kepada aduan orang ramai.

"Satu fenomena yang berlaku sekarang, banyak sesi TikTok Live ini berlaku pada tengah malam, saya dapati dan meneliti maklumat yang saya terima, dalam kes yang melibatkan TikTok Live melibatkan mendiang Rajeswary Appahu, TikTok Live itu berlaku sekitar 3, 4 pagi, jadi memang mod pemantauan itu perlu berubah.

"Dalam perbincangan saya dengan TikTok mereka mengambil serius kejadian ini dan mereka juga sangat-sangat terkesan, mereka dengan segera telah menambah jumlah moderator yang akan teliti termasuk kandungan dan sesi TikTok Live dalam bahasa- bahasa vernakular, termasuk Tamil," katanya.

Media sebelum ini melaporkan pempengaruh TikTok A. Rajeswary atau Esha, ditemukan meninggal dunia di sebuah unit kediaman di sebuah kondominium di Setapak pada 5 Julai, sehari selepas membuat satu laporan polis berhubung buli siber yang dihadapinya. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kerajaan Bentuk Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Minggu Depan

3

Politik 2 bulan yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad