web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Banjir: 5,925 Tan Metrik Sisa Sampah Dikutip Di Johor Sehingga Kini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Mar 2023 4:41PM

Jumlah kutipan akan terus meningkat berikutan operasi pembersihan dijangka selesai pada hujung bulan ini - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Sebanyak 5,925 tan metrik sisa sampah akibat banjir dikutip di negeri ini sejak 3 Mac sehingga semalam dengan Segamat daerah paling tertinggi jumlah kutipan.

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata jumlah kutipan akan terus meningkat berikutan operasi pembersihan dijangka selesai pada hujung bulan ini.

Beliau berkata operasi pembersihan di Segamat telah selesai sepenuhnya pada 19 Mac lepas manakala Batu Pahat dijangka pada hari ini.

“Kami jangkakan operasi pembersihan pascabanjir (secara keseluruhan) selesai sehingga hujung bulan ini, bagi memastikan kesan-kesan lumpur atau sisa yang menghalang aliran air di kawasan terjejas banjir turut dibantu dibersihkan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program SWM Kasih Back To School, di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Pengarah SWCorp Johor Rafidah Mohamed dan Pengurus Besar Korporat SWM Environment Sdn Bhd Mohd Norlisam Mohd Nordin.

Akmal Nasrullah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai jumlah kutipan sisa sampah akibat banjir di Johor.

Ahli Parlimen Johor Bahru itu berkata operasi pembersihan dilakukan secara berfasa dan sebanyak enam tapak pelupusan sementara juga telah diwujudkan sebelum sampah dibawa ke tapak pelupusan sebenar bagi memastikan operasi pembersihan dapat dilakukan dengan kadar segera.

Beliau berkata syarikat konsesi tersebut turut membantu kawasan kampung yang terjejas banjir dan tidak berada dalam kawasan perkhidmatan menerusi operasi pembersihan itu.

Sementara itu, mengenai operasi bazar Ramadan di Johor, Mohd Norlisam menyeru penganjur dan pengusaha agar memanfaatkan tong sampah yang disediakan bagi melancarkan operasi pembersihan.

Beliau berkata perkhidmatan operasi pembersihan melibatkan kesemua 112 lokasi bazar Ramadan di Johor.

“Kami seru orang ramai terutama ketika persiapan raya, sudah pasti akan ada berlaku pembelian barangan, jadi kami minta kutipan yang dibuat dimanfaatkan dan sampah diletakkan di hadapan rumah.

“Kalau boleh jangan dilonggokkan di hujung taman perumahan atau mewujudkan tapak sampah haram,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan, Operasi Ditamatkan Esok

2

Semasa 4 hari yang lalu

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

3

Semasa 6 hari yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

4

Semasa 6 hari yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 32 minit yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad