web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KKD Sokong Usaha Bawa Masuk Peralatan Studio Produksi Maya

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2023 7:00AM

Fahmi Fadzil - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menyokong sebarang usaha yang dilakukan oleh pemain industri perfileman untuk membawa masuk kelengkapan peralatan studio produksi maya ke Malaysia yang disifatkan mampu menjadi pencetus perubahan kepada industri itu.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata ia bertepatan dengan peruntukan Belanjawan 2023 sebanyak RM102 juta, yang antara lain merangkumi Pengecualian Duti Import serta Cukai Jualan ke atas Peralatan Studio dan Produksi Penggambaran.

“… dalam konteks industri perfileman, apabila kita membawa masuk penggambaran filem dari luar ke Malaysia, kesan positif bukan sahaja dari segi pelaburan tetapi juga dari segi kemahiran dan pengalaman.

“Saya percaya dengan peralatan baharu digandingkan dengan pengalaman kita terlibat dalam filem yang lebih besar, ia akan membantu industri filem dari segi teknikal di Malaysia. Jadi saya lihat ini satu perkembangan yang positif dan semestinya pihak kementerian kami menyokong,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Seniman Kebangsaan 2023 di sini malam ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha KKD Datuk Seri Mohammad Mentek, Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Datuk Kamil Othman dan Ketua Pegawai Eksekutif FINAS Profesor Dr Md Nasir Ibrahim.

Terdahulu, Fahmi dalam ucapan perasmian berkata beliau menaruh keyakinan bahawa industri kreatif amnya dan industri filem khususnya akan terus berkembang sebagai jentera ekonomi kreatif seperti negara luar termasuk Korea Selatan, China, Jepun serta Amerika Syarikat.

Beliau berkata menerusi sektor itu, kerajaan melalui KKD serta FINAS dapat terus meningkatkan pelaburan asing ke dalam negara melalui Insentif Penerbitan Filem di Malaysia (FIMI) dan perjanjian kerjasama produksi antarabangsa dengan negara seperti China, Korea dan Indonesia.

Pada masa sama, beliau mengingatkan penggiat industri kreatif untuk terus mengamalkan sikap keterbukaan dalam memberi serta menerima pandangan agar semak dan imbang dapat dilaksanakan.

“Salah tafsiran atau yang menyentuh sensitiviti sesuatu karya seni mesti dielakkan dalam keghairahan mengkomersialkannya.

“Kesefahaman ini penting untuk memastikan usaha dan kesepaduan bersama dapat dicapai dengan saling bertukar pandangan dan sokongan agar seni dan budaya rakyat Malaysia yang berbilang bangsa ini sentiasa terpelihara dan diperkembang ke tahap lebih tinggi,” katanya.

Hari Seniman Kebangsaan 2023 yang bertema ‘Filem Wadah Perpaduan, Titian Keharmonian’ merupakan simbolik penghargaan kepada penggiat seni dan budaya yang banyak menyumbang serta mengharumkan nama Malaysia.

Ia disambut pada 22 Mac setiap tahun dan dipilih bersempena tarikh kelahiran Tokoh Seniman Agung Negara Allahyarham Tan Sri P Ramlee sebagai mengenang kembali selain menghargai jasa dan bakti beliau. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 4 minggu yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 5 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar