web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Capai Persefahaman Pelaburan Gas Hidrogen Ke Indonesia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2023 7:08AM

Anwar Ibrahim berkata persefahaman antara Kerajaan Negeri Sarawak dan Indonesia itu telah dimaklumkan oleh Presiden Joko Widodo kepada beliau sebelum ini - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia telah mencapai persefahaman dengan kerajaan Indonesia melibatkan pelaburan dan pembekalan gas hidrogen ke ibu negara baharu Indonesia yang diberi nama Nusantara di Kalimantan Timur.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata persefahaman antara Kerajaan Negeri Sarawak dan Indonesia itu telah dimaklumkan oleh Presiden Joko Widodo kepada beliau sebelum ini.

"Perkembangan ini amat membantu dalam menambah keyakinan pelabur,” kata Menteri Kewangan itu dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan di sini malam ini.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, yang turut hadir pada sidang media itu, pula berkata beliau telah berkesempatan bertemu Jokowi di Indonesia dan membincangkan pelaburan Kerajaan Negeri Sarawak berkaitan tenaga hidrogen di Nusantara.

"Ini membayangkan keyakinan negara jiran kepada pemerintahan kita di Malaysia,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

2

Politik 3 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

3

Politik 6 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad