web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


50.3 Peratus Akaun Pinjaman Isi Rumah Tidak Terjejas Kenaikan OPR - Ahmad Maslan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2023 1:08PM

Ahmad Maslan berkata bukan semua peminjam terkesan dengan peningkatan OPR kerana peningkatan kepada ansuran bulanan hanya melibatkan peminjam yang mempunyai pinjaman jenis berkadar terapung - Gambar Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 50.3 peratus atau 6.4 juta daripada jumlah akaun pinjaman sektor isi rumah terdiri daripada pinjaman berkadar tetap, tidak terjejas dengan kenaikan kadar dasar semalaman (OPR).

Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan berkata peminjam berpendapatan rendah dengan pendapatan kurang dari RM5,000 sebulan termasuk golongan B40 adalah dianggarkan sebanyak 54.8 peratus atau 3.5 juta akaun terdiri daripada pinjaman berasaskan kadar tetap.

"Kerajaan memahami keresahan rakyat untuk melunaskan ansuran bulanan yang semakin meningkat berikutan kenaikan OPR dan kesan terhadap peminjam terutamanya golongan B40.

"Namun demikian, bukan semua peminjam terkesan dengan peningkatan OPR kerana peningkatan kepada ansuran bulanan hanya melibatkan peminjam yang mempunyai pinjaman jenis berkadar terapung," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Shaharizukirnain Abd Kadir (PAS-Setiu) mengenai kajian yang dilaksanakan oleh kerajaan berhubung kesan kenaikan OPR terhadap golongan B40.

Selain itu, Ahmad turut menegaskan bahawa langkah menaikkan OPR oleh Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) adalah wajar bagi memastikan inflasi terkawal dan ekonomi terus mapan.

"Kenaikan OPR sebanyak 100 mata asas (daripada 1.75 peratus kepada 2.75 peratus) mencerminkan pengembalian tahap akomodasi dasar monetari ke tahap yang wajar berikutan pengurangan sebanyak 125 mata asas ketika pandemik.

"Oleh itu, bagi pinjaman berkadar terapung yang diambil sebelum pandemik, jumlah ansuran bulanan pada masa ini masih lebih rendah berbanding jumlah ansuran sebelum pandemik iaitu tiga peratus," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Hukuman Rotan: PM Sokong Laksana, Tapi Perlu Kawalan Ketat

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Kerajaan Sedia Pinda RUU Pembaharuan Semula Bandar - PM

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Sokongan Malaysia Terhadap Perjuangan Palestin Berprinsip - Mohamad Hasan

4

Politik 1 tahun yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 23 jam yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar