web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Buru Pemandu Kenderaan Mewah Guna Laluan Motosikal

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2023 2:06PM

Video berkenaan memaparkan kenderaan mewah tersebut dipandu di lorong motosikal dalam kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya - Tangkapan layar video media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis sedang menjejaki pemandu kenderaan mewah Toyota Alphard yang dikesan menggunakan laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan berhampiran Amcorp Mall, sebelum videonya tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abd Hamid berkata, sekitar jam 10.30 malam tadi, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Petaling Jaya mengesan video berdurasi 25 saat tular di aplikasi WhatsApp.

Menurutnya, video berkenaan memaparkan kenderaan mewah tersebut dipandu di lorong motosikal dalam kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

“Kejadian berlaku semalam dan satu laporan polis dibuat serta kertas siasatan dibuka terhadap pemilik kenderaan berkenaan.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Berdasarkan hukuman diperuntukkan di bawah akta tersebut, jika disabit kesalahan, seseorang itu boleh dihukum penjara selama tempoh tidak lebih lima tahun atau didenda tidak kurang RM5,000 dan hilang kelayakan lesen selama lima tahun.

“Polis menasihatkan supaya pengguna jalan raya tidak melakukan tindakan membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain,” katanya. - Getaran, 5 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Mangsa Ditikam Berulang Kali Dengan 2 Senjata Berbeza - Polis

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Pelajar Perempuan Mati Ditikam: Polis Jumpa 2 Senjata Tajam

3

TARA 2 tahun yang lalu

Kwan Kee, Kedai Manisan Diiktiraf  ‘Michelin Guide Hong Kong’ Kini Di Malaysia

4

Semasa 3 tahun yang lalu

6 Tahun Berjaya Lari, Suspek Curi Kereta Tumpas Akhirnya

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

oleh Sophia Ahmad