web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mangsa Ditikam Berulang Kali Dengan 2 Senjata Berbeza - Polis

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 14 Oct 2025 8:57PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Siasatan awal mendapati pelajar perempuan berusia 16 tahun yang maut ditikam di sebuah sekolah di sini, pagi tadi, ditikam berulang kali menggunakan dua senjata berbeza.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, berdasarkan pemerhatian pada badan mangsa, tikaman berulang kali itu berkemungkinan menyebabkan mangsa maut.

"Kita lihat memang ada banyak kesan tikaman, namun belum dapat dipastikan dengan sebenar berapa kali mangsa ditikam.

"Proses bedah siasat masih berlangsung yang akan menentukan punca sebenar kematian mangsa," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Shamsudin berkata polis masih menjalankan siasatan motif kejadian dari semua sudut, termasuk dakwaan tersebar di media sosial bahawa suspek bertindak sedemikian kerana mangsa menolak cintanya.

"Proses siasatan masih lagi berjalan dan dilakukan secara menyeluruh. Keterangan pelajar juga masih dirakam. Apa-apa sahaja maklumat perlu diteliti dahulu," katanya.

Beliau berkata pihaknya telah menubuhkan pasukan petugas khas bagi menyiasat kejadian itu terdiri daripada pasukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya yang dibantu pasukan forensik dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Menurut beliau, suspek berusia 14 tahun manakala mangsa pula berusia 16 tahun, dan kedua-dua mereka belajar di kelas peralihan masing-masing di tingkatan satu dan tingkatan tiga.

Sementara itu, suasana pilu menyelubungi pekarangan Jabatan Patologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) apabila ahli keluarga mangsa hadir bagi urusan bedah siasat.

Dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi tadi, seorang pelajar perempuan tingkatan empat maut disyaki ditikam seorang pelajar lelaki dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di sini.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Ismail berkata mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian yang berlaku di dalam kawasan sekolah manakala suspek berumur 14 tahun yang merupakan pelajar sekolah sama telah berjaya ditahan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Pelajar Perempuan Mati Ditikam: Polis Jumpa 2 Senjata Tajam

2

TARA 2 tahun yang lalu

Kwan Kee, Kedai Manisan Diiktiraf  ‘Michelin Guide Hong Kong’ Kini Di Malaysia

3

Semasa 3 tahun yang lalu

6 Tahun Berjaya Lari, Suspek Curi Kereta Tumpas Akhirnya

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Polis Buru Pemandu Kenderaan Mewah Guna Laluan Motosikal

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad