web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


6 Tahun Berjaya Lari, Suspek Curi Kereta Tumpas Akhirnya

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2023 4:29PM

Suspek berusia 32 tahun itu terlibat dalam kes curi kereta sejak 2017. - Gambar hiasan Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

Peribahasa ini ungkapan paling tepat untuk menggambarkan keadaan seorang pemuda yang akhirnya berjaya ditangkap polis selepas enam tahun diburu.

Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, suspek berusia 32 tahun itu terlibat dalam kes curi kereta sejak 2017.

Menurut beliau, pemuda berkenaan yang turut memiliki 26 rekod jenayah termasuk berkaitan dadah, terbabit mencuri dan menyembunyikan sebuah kenderaan lama jenis Perodua Kancil di Sungai Way di sini pada 2017.

“Dia ditahan pada jam 5.30 petang di Jalan Wawasan, Pusat Bandar Puchong pada 1 Mac lalu.

“Penahanan tersebut turut membawa kepada penemuan empat kenderaan lain, terdiri daripada dua Proton Wira dan masing-masing sebuah Proton Saga serta Proton Perdana di belakang rumah suspek,” katanya.

Mohamad Fakhrudin menyatakan demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sini, hari ini.

Beliau berkata, satu daripada Proton Wira itu dilaporkan hilang di Serdang sebelum ini.

“Tiga kenderaan lain pula berada dalam keadaan tidak sempurna kerana nombor casis dan enjin sudah diganggu,” katanya.

Suspek setelah disoal siasat jelasnya, membawa polis ke Apartment Sri Subang di sini dan menunjukkan kepada pihak berkuasa sebuah Perodua Kancil yang ditinggalkan di situ sejak 1 Mac lalu.

“Kenderaan itu tidak lagi berada dalam keadaan sempurna dan semakan polis mendapati, ia telah dilaporkan hilang pada 19 Jun 2017 oleh pemiliknya iaitu seorang wanita.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana memiliki barang curi dan diserahkan kepada IPD Serdang untuk proses selanjutnya,” katanya. - Getaran, 8 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

2

Semasa 13 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

3

Video & Galeri 1 hari yang lalu

Polis Buru 2 Suspek Samun, Tendang Wanita Warga Emas 

4

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad