web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelajar Perempuan Mati Ditikam: Polis Jumpa 2 Senjata Tajam

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 14 Oct 2025 3:57PM

Antara senjata yang dipercayai ditemukan pada suspek - Gambar orang awam

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Polis menemukan dua senjata tajam yang dipercayai digunakan dalam kejadian tikam yang menyebabkan seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun maut di sebuah sekolah, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, mangsa ditemukan maut berdekatan dengan kawasan tandas sekolah berkenaan dengan beberapa kesan tikaman pada badan.

Beliau berkata suspek, iaitu seorang pelajar lelaki berumur 14 tahun dari sekolah yang sama telah ditahan di tempat kejadian untuk membantu siasatan.

"Motif kejadian masih dalam siasatan, namun siasatan awal tidak menemukan sebarang unsur buli. 

“Mangsa dan suspek dipercayai saling mengenali kerana belajar di sekolah yang sama walaupun tingkatan berlainan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Shamsudin berkata polis menerima makluman pada 9.40 pagi selepas kejadian itu disedari seorang guru yang terdengar jeritan sebelum bergegas menuju ke tandas dan menjumpai mangsa.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya esok untuk permohonan reman, katanya.

Menurut beliau, mayat mangsa yang dibawa keluar dari sekolah berkenaan pada kira-kira 12.55 tengah hari telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

Shamsudin berkata pihak polis sedang merekodkan keterangan daripada saksi, termasuk rakan mangsa dan guru, untuk melengkapkan siasatan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

3

Semasa 2 hari yang lalu

PDRM mohon Notis Merah Interpol Kesan Tamim Dahri

4

Semasa 3 hari yang lalu

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar