web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia, UAE Mahu Pertingkat Kerjasama Pelbagai Bidang - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2023 5:37PM

Tangkap layar dari video di laman Facebook Anwar menunjukkan Perdana Menteri bercakap dengan Sheikh Mohamed melelui perbualan telefon.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) sepakat mahu meningkatkan lagi kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan, pelaburan, pertahanan dan tenaga.

Perkara itu dikongsi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas perbincangan beliau bersama Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan melalui telefon, semalam.

“Malaysia dan UAE mempunyai hubungan dua hala yang cukup erat dan kedua-dua negara sepakat untuk meningkatkan lagi kerjasama dalam pelbagai bidang, termasuk perdagangan, pelaburan, pertahanan dan tenaga.

“Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Sheikh Mohamed di atas bantuan UAE terhadap Malaysia dalam misi menghantar bantuan kemanusiaan kepada mangsa gempa bumi di Syria baru-baru ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Pada masa sama, Anwar turut menzahirkan keterujaannya untuk mengadakan lawatan ke UAE dalam tempoh terdekat.

“Saya berharap dapat mengadakan lawatan ke UAE dalam masa terdekat dan berbesar hati untuk menerima lawatan Sheikh Mohamed ke Malaysia pada tahun ini,” katanya.

Dalam hantaran tersebut, Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun turut berkongsi rakaman perbualan beliau dengan Sheikh Mohamed menerusi panggilan telefon.

Pada Khamis lalu, Kementerian Pertahanan menerusi satu kenyataan memaklumkan Malaysia dan UAE komited untuk meningkatkan kerjasama pertahanan khususnya dalam sains, teknologi dan industri pertahanan.

Menurut kenyataan itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan rakan sejawatnya, Mohammed Ahmed Al Bowardi turut menekankan keperluan bagi meningkatkan kerjasama industri pertahanan melalui perkongsian pintar, usaha sama dan perniagaan strategik antara syarikat pertahanan kedua-dua negara.

Beliau turut melawat Abu Dhabi Ship Building (ADSB) dan CARACAL, pengeluar senjata terkenal di dunia, bagi mendapatkan pandangan mengenai cara UAE membangunkan produk pertahanannya.

Mohamad menyertai lawatan kerja ke UAE dari 26 Februari hingga 1 Mac lalu bagi mengiringi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengunjungi Sheikh Mohamed.

Beliau turut mengiringi Seri Paduka berangkat ke Majlis Penutup Desert Tiger Exercise 6/2023 di Kem Al Hamra, Abu Dhabi dan bertemu dengan anggota tentera yang terlibat dalam latihan tersebut. - Getaran, 4 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

2

Semasa 4 hari yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Politik 1 minggu yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar