web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bukan Semua Kita Tanggung, Hanya Yang Ada Kekangan Wang Dibantu - Anthony Loke

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2023 7:27AM

Anthony Loke menjelaskan, hanya individu daripada kategori itu yang berdepan kekangan kewangan akan dipertimbangkan untuk menerima manfaat program berkenaan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak akan menanggung kos bayaran semua permohonan lesen kenderaan membabitkan golongan B40 seperti diumumkan dalam Belanjawan 2023 yang lalu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menjelaskan, hanya individu daripada kategori itu yang berdepan kekangan kewangan akan dipertimbangkan untuk menerima manfaat program berkenaan.

“Berkenaan lesen, pertama bukan kita dapat tanggung untuk semua. Sudah tentu tak dapat kita tanggung semua. Apa yang dimaksudkan ialah mungkin kita adakan program, inisiatif di mana kita memberikan bantuan mengambil lesen ini kepada B40 dan juga untuk pemandu yang ingin mendapatkan (Lesen Vokasional Kenderaan) dan GDL (Lesen Perdagangan).

“Itu yang sedang dan akan kita bangunkan dari segi mekanismenya. Kita akan umumkan bagaimana nak memohon. Ada peruntukan lebih RM4 juta untuk kita menampung perbelanjaan membantu khususnya B40. Tetapi sudah tentunya bukan bermaksud semua orang akan ditampung kerajaan. Itu tak dapat kita buat.

“Ada sebahagian dapat kita bantu. Yang paling penting ialah sudah tentu golongan sasaran kita iaitu B40 di mana (mereka yang) ada kekangan kewangan akan dibantu,” katanya dalam program Ruang Bicara bertajuk Belanjawan 2023: Manfaat Sektor Pengangkutan yang disiarkan secara langsung menerusi saluran BernamaTV, malam tadi.

Anthony Loke berkata, mekanisme dan syarat program itu akan diperincikan tidak lama lagi.

“Kita akan cuba perincikan apa yang saya maksudkan dari segi panduan bayaran. Apabila layak, seseorang itu (golongan B40) akan dikecualikan bayaran dan kerajaan akan tampung bayaran itu.

“Jadi mekanisme bagaimana ia akan dilaksanakan akan diperincikan tidak lama lagi,” katanya.

Pada pembentangan Belanjawan 2023, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan bahawa kerajaan menerusi program MyPSV bersetuju menanggung bayaran bagi mendapatkan lesen teksi, bas dan e-hailing bagi membantu kumpulan B40, khususnya dalam kalangan belia.

Program itu bertujuan untuk melahirkan lebih ramai golongan belia yang ingin menjana pendapatan melalui perkhidmatan membawa penumpang seperti teksi, bas dan e-hailing. – Getaran, 4 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

24 Nyawa Melayang 5 Bulan Pertama, Kemalangan Akibat Pemandu Mabuk, Positif Dadah 

2

Politik 1 bulan yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

3

Politik 1 bulan yang lalu

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

LRT Tergelincir: Tindakan Tegas Perlu Diambil - Loke

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad