web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ketua Isi Rumah B40 Disaran Berbelanja Di Pasar Raya Tawar Diskaun Di Bawah Pakej Rahmah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2023 9:07AM

Salahuddin Ayub (tengah) menunjukkan perbezaan harga asal dan harga bagi Program Jualan Rahmah (PJR) pada Perasmian PJR Peringkat Negeri Terengganu di Sabasun HyperRuncit di Bukit Kecil, Kuala Terengganu - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub menyarankan ketua isi rumah B40 supaya berbelanja di pasar raya  yang bersetuju menawarkan diskaun di antara tiga hingga 30 peratus bagi 12 jenis barangan asas di bawah Pakej Rahmah.

Beliau berkata persetujuan itu dicapai dalam sesi libat urus bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) baru-baru ini.

“Inisiatif ini memang menjimatkan dan sangat bermakna kepada golongan sasar pada masa sekarang,” katanya kepada pemberita selepas Program Penyampaian Bakul Rahmah dan Peralatan Kembali Ke Sekolah di sini semalam. 

Salahuddin juga mengakui beliau belum berpuas hati dengan apa yang dicapai dalam tempoh 100 hari memimpin KPDN dan masih banyak yang perlu dilaksana bagi memastikan rakyat merasai nikmat di bawah Kerajaan Perpaduan.

“Sudah ada pelbagai inisiatif di bawah Program Payung Rahmah namun sebagai Menteri, saya mendapati masih banyak lagi yang perlu dilakukan dan perlu dilaksanakan dengan pantas.

“Kita kena kaji apa lagi yang boleh menggembirakan rakyat dan mengenal pasti apa pula yang tidak menggembirakan mereka… insya-Allah, KPDN akan benar-benar memastikan tanggungjawab yang diberikan ini dilakukan sebaik mungkin," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Waspada Sindiket ‘Gores Dan Menang’, Sasaran Utama Warga Emas - KPDN

2

Semasa 2 tahun yang lalu

KPDN Panggil 10 Syarikat Jelaskan Kenaikan Harga Barang, Perkhidmatan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

198,046 Kenderaan Lulus Subsidi Diesel – KPDN

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Ops Pantau 2024: KPDN Catat Nilai Rampasan Lebih RM400,000 Sepanjang 12 Hari

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad